Tapi mungkin penjual kecil nak masukkan produk ke studio fotografi tu memerlukan kos yang tinggi. Haaa! (sampai pun point aku) jadi sini aku nak ajar macam mana nak tangkap gambar produk di studio tapi dengan kos bawah RM10 kot dengan Do-It-Yourself mini studio. Erti kata lain, membina mini studio sendiri untuk shoot produk di rumah sendiri.
Terus kepada cara-caranya, tapi sebelum ni anda perlukan beberapa alat@tools untuk membina mini studio ni : Kotak, kertas mahjong, pembaris, pisau dan gam/saletap dan 2 lampu putih.
Secara asasnya anda akan potong sebahagia kotak untuk 3 sisi kecuali bahagian bawah kotak, untuk dijadikan dinding belakang
Sebelum itu, ukur bahagian sis kotak, macam aku buat 9 cm daripada sisi kotak dan tandakan ia supaya lebih mudah untuk memotong
Potong bahagian yang telah ditanda dengan pen dengan pisau
Jadi inilah hasilnya untuk bahagian atas
Seterusnya ukur bahagian atas kotak plak, ikut sahaja steps sebelum ini dah potong mengikut garisan
Jadi siap bahagian kotak
Jadi seterusnya, kita pergi bahagian kertas mahjong. Tujuan kertas mahjong adalah, kita nak balut semua bahagian dalam kotak supaya ditutupi dengan warna putih, jadi kertas mahjong sangat sesuai. Jadi ukurlah setiap bahagian kotak sebelum kertas dipotong
Ukur dikotak, trace dan tanda di kertas mahjong dan potong guna pisau senang daripada gunting
Selepas itu, salurkan semua bahagian dalam kotak dengan gam supaya kertasnya melekat pada kotak. Itulah fungsi gam kalau nak tahu hahaha
Ini bahagian bawah kotak selepas di tampal dengan kertas mahjong. Jadi terus tampal disetiap bahagian didalam kotak
Jadi siap la DIY mini studio. Dah boleh start plan nak shoot produk kita.
Ini adalah contoh yang tangkap hanya menggunakan smartphone.
Gambar ni aku gne iPhone 5S. Nampak terang, sesuai diiklankan, kalau nak lagi lawa masukkan dalam photohsop dan edit. Sekarang dah boleh iklankan prodak anda
wahhh memang asalnya nak beli pastu ternampak orang buat tutorial ni.. Tak jadi beli tapi sampai kesudah tak buat lagi haha
ReplyDeletehaha biasa dah tu. waktu yang bakal menentukan
Deleteteebaikk... idea yg boleh digunakan org blogger utk snap pic..
ReplyDeleteyang selalu buat review tu sesuai sangat
DeleteEh, boleh cuba ni. Kebetulan kotak kosong pun ada kat rumah ni.
ReplyDeletesila2. senang je. pejam mata boleh siap ni
DeleteTerbaik *_*
ReplyDeletethank you
DeleteKotak susah nak dapat.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Nanti Fiena cuba. Thank you for sharing.
ReplyDeletePost a Comment