Terus Whatsapp daripada blog anda




Dalam era yang serba canggih ni dah ramai pengguna menjadi lebih bijak dengan hanya berbelanja atau shopping secara atas talian aka secara online. Pergi ke sesebuah blog atau website, pilih mana yang nak, click atau whatsapp terus penjual, bank in / transfer duit dan tunggu barang sampai kerumah daripada hero posman. Ini semuanya berlaku hanya dengan anda duduk, yang bergerak hanya jari anda. Power betul. Tapi inilah realitinya sekarang.


Tapi yang aku nak cerita sini adalah platform Whatsapp sebagai medium komunikasi berkesan antara pelanggan dan penjual. Jika dulu nak syarat nak whatsapp orang atau penjual tersebut kita mesti nak kene save dulu no. mereka. Jika kita ni kaki shopping online, tak ke banyak no. yang kita save dalam phone kita. kan?

Jadi dengan teknologi sekarang, tidak perlu lagi kita save no penjual tersebut tetapi dengan hanya click link akan terus membawa kita ke Whatsapp mereka tanpa save no. Ini lagi power!

Sebenarnya ada idea nak tulis entry ni sebab blogwalking di blog sini. Di sini aku just bagi 2 cara bagaimana nak buat dan dapatkan link tersebut.

Menggunakan wasap.my

Tetapi cara ini bukanlah dibangunkan sendiri oleh pihak Whatsapp, tetapi dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri dengan cara yang halal dan selamat. Jadi tak perlu risau dengan keselamatan atau langgar hak. Gunalah tanpa ragu2.

Wasap.my menyediakan 2 versi iaitu versi tak perlu daftar dan versi lebih power. hahaha Aku copy apa yang dia tulis dalam tu je.

Jadi bagaimana nak daftar semua, buka la link sini. Dalam tu semua dah tunjuk cara bagaimana nak guna. Senang je. Dont worry!

helloaiman
Antaramuka wasap.my


Menggunakan Kod asas

Cara kedua plak menggunakan kod asas seperti

Kod asas:
whatsapp://send?text=<Message>&phone=<NomborTelefon>

Untuk Message, iainya akan dipaparkan di ruang taip whatsapp kita. Tetapi sila pastikan Message tersebut di encode kan terlebih dahulu di laman web ini www.urlencoder.org

Seterusnya untuk NomborTelefon, ubahlah nombornya dan mestilah didahulukan dengan kod negara sebagai contoh 60191234567

Sebagai contoh whatsapp://send?text=<hello%20aiman>&phone=<60145008253>

Kod ni semua boleh digunakan pada text ke image ke. Sebagai contoh, aku buat pada text dibawah ini. Terima Kasih untuk hafirahim dengan info cara ini

WHATSAPP ME

Kini anda sebagai penjual khususnya dan pembaca amnya membuatkan pelanggan anda dapat menghubungi anda dengan lebih mudah dan cepat. Kalau siapa yang nak order Shaklee boleh la order terus ke aku. Senang, klik sini je

p/s: kalau ada cara lain bolehlah kongsi-kongsi

7/Post a Comment/Comments

  1. tak jadi pun mngkin ada error kat mana2 tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk cara ke 2 tu, boleh tekan melalui phone je. kalau daripada laptop tak lepas. sebenarnya lagi mudah cara pertama

      Delete
  2. watsapp dah makin menyenangkan skrg...

    ReplyDelete
  3. sy pun penah nampak org guna mcm nie.. tp x tau mcm mana hahaha.. makin canggih dunia skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah trending sekarang. lebih mudah kan

      Delete
  4. Terima kasih kerana berkongsi kandungan berharga tersebut. Peretasan itu sangat berguna untuk perniagaan e-dagang. Bukan hanya akan membantu pelanggan, untuk mencari pertanyaan untuk produk tertentu, tetapi juga orang perniagaan e-commerce dapat menghubungi pelanggan juga, untuk pengesahan pesanan. Di sini saya ingin mencadangkan alat untuk artikel itu
    url-decode.com
    untuk pengekodan / penyahkodan URL, pengekodan / penyahkodan base64, pengekodan / penyahkodan HTML, dan banyak lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post