Fakta-fakta menarik tentang pemain baru Red Devils, Victor Lindelof

victor lindelof

Victor Lindelof ada mesej khas buat semua peminat Manchester United yang menantikan kedatangan beliau sejak beberapa minggu atau bulan yang lepas. "Saya hanya mahu mengatakan kepada penyokong bagaimana saya berasa gembira untuk berada di sini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mewakili kelab ini jadi saya sangat gembira untuk berada di sini. Saya berharap semua akan menikmatinya."

Jadi sini aku memberi 5 fakta menarik tentang pemain baru Red Devils ini

1.   Diberi gelaran 'Iceman'

Lindelof adalah pemain yang masih kurang berpengalaman dari segi permainan dengan umur 22 tahun. Musim lalu di Benfica, di mana dia bermain sebanyak 47 kali yang merupakan kempen pertamanya sebagai pemula . Walau bagaimanapun, dengan ketengan beliau mengawal bola ketika perlawanan sekaligus beliau telah digelar dan memperoleh nama samaran atau gelaran dengan nama 'Iceman' tersebuat. Ini terbukti pada perlawanan baru-baru ini, kerana dia adalah salah satu bintang atau pemain yang membantu Sweden bagi mengecapi kemenangan yang tidak dijangka 2-1 ke atas Perancis pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Beliau memperoleh cap ke-12 untuk negaranya, namun dia melakukan dan beraksi seperti pemain senior. Selain daripada itu, dengan bukti lain dengan gelaran Iceman, dia hanya menerima satu kad sepanjang perlawanan 2016/2017 - satu rekod yang luar biasa untuk seorang pemain dalam posisi pertahanan.

2.   Mendapat sokongan daripada Zlatan Ibrahimovic

victor lindelof
The 'god' of sweden begitu kagum dengan lindelof
Telah berlaku spekulasi bahawa Zlatan Ibrahimovic yang pernah menyarung jersi Manchester United sebelum ini memberitahu Jose Mourinho untuk menandatangani pemain muda yang pernah bekerja sama dengan Zlatan di arena antarabangsa dengan mewakili skuad kebangsaan Sweden. Zlatan begitu kagum untuk bercakap tentangnya dalam terma tertinggi. "Adakah Victor begitu baik untuk United? Saya fikir dia bersedia untuk kelab-kelab besar di luar sana seperti United. Ianya terpulang kepada beliau apa yang dia mahukan dan bergantung kepada keadaan. Apa sahaja pilihan victor, ianya akan menjadi baik untuk dia" kata Zlatan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendapat peluang untuk bekerjasama lagi diperingkat kelab, dengan Zlatan telah dilepaskan oleh United pada bulan lepas.

3.   Minat terhadap permain Call Of Duty

Ada satu perkara yang pemain baru Manchester United, suka, iaitu bermain permain video Call of Duty. Beliau begitu terpengaruh dengan permainan video tersebut sehingga pada musim lalu beliau sering membawa konsol ataupun controller bersama beliau semasa perlawanan yang dimainkan ditempat lawan. Permainan atas talian adalah kegembiraan untuk anak muda berusia 22 tahun itu. Beliau biasanya bermain bersama dengan dua saudaranya dan juga bekas pemain sekerja didalam skuad Sweden bawah 21, Simon Sandberg, yang hari ini bermain dengan kelab Levski Sofia. "Kami bermain bersama-sama. Sangat menyeronokkan apabila bersama dan bercakap dan hanya bermain permainan untuk memenuhi masa lapang," akuinya. Walau bagaimanapun, Sandberg yang merupakan pemimpin pasukan ini, "Dia hebat, jadi dia kapten."


4.   Kehidupan peribadi beliau senang diperhatikan oleh peminat

Maja Nilsson (@majanilsson) telah men tweet beberapa gambar kehidupan peribadi pasanganya itu dan salah satunya di mana victor berdiri di atas kerusi dapur untuk mendapatkan keju yang berada di atas alamari dapur mereka dengan hanya berpakaian boxer dan tshirt putih. Gambar beliau juga telah ditangkap semasa bermain permainan komputer apabila dia sepatutnya mencuci pakaian, tambahan lagi gambarnya di ambil kita beliau hanya memakai boxer dan tshirt. Sekaligus menunjukkan victor tidak kisah akan kisah hidup peribadinya dikongsi bersama peminat asalkan tidak keterlaluan.


"Twitter tu milik dia, dan dia sangat kelakar," kata victor. "Dia berhak buat apa yang dia mahu. Dia suka mengusik saya, lagipun saya tak kisah pun. Jika orang pikir ianya kelakar, dia akan melakukannya"

5.   Seorang peminat NHL 

Dennis Rasmussen
Victor begitu kagum dengan Dennis Rasmussen
Hoki ais adalah antara suka utama di Sweden. Victor punyai kenalan bersama penyerang Chicago Blackhawks iaitu Dennis Rasmussen yang mana berada di tahun ke 2 di dalam NHL - peringkat tertinggi sukan itu. Mereka berdua dilahirkan di Vasteras, sebuah bandar kecil 100 kilometer ke barat daripada Stockholm yang berpenduduk lebih kurang 150000 orang. Dua bintang tersebut sebelum ini pernah bertukar-tukar baju masing-masing, walaupun Rasmussen adalah pemain bola sepak senior.

Victor Lindelof

Victor Lindelof

Selamat datang ke Manchester United, Victor Lindelof

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post