Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20

harry potter 20th anniversary

Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20 | Bagi peminat Harry Potter, hari ni merupakan sejarah bagi mereka kerana pada hari ini Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20 penerbitan buku yang pertama iaitu Harry Potter and The Philosopher's Stone yang dikarang oleh J.K Rowling. Buku ini diterbitkan pada 26 June 1997 sebelum ini.

Daripada idea dengan sebuah perjalanan kereta api ke penciptaannya di sebuah cafe di Edinburgh, Harry Potter dan Stone Philosopher mencipta fenomena global. Ia telah menjual lebih 450 juta salinan di seluruh dunia dalam 79 bahasa, adaptasi kepada filem , pengeluaran tayangan teater yang mengagumkan dan menarik para pembaca semua peringkat umur selama dua puluh tahun.

buku harry potter

Melalui akaun twitter pengarang buku Harry Potter, beliau tweet "20 tahun yang lalu hari ini, dunia yang saya tinggal bersendirian tiba-tiba terbuka kepada orang lain. Ia sangat indah. Terima kasih"

Peminat di seluruh dunia tidak ketinggalan bagi menyambut dan memperingati ulang tahun ke-20 ini di media-media social seperti facebook, twitter dan instagram.

Jadi kali ini pihak Twitter ingin mezahirkan penghormatan sempena ulang tahun ke-20 dengan membina kerjasama dengan pihak Bloomsbury dan rangkaian digital 'Pottermore' untuk melancarkan emoji Harry Potter khas dengan memaparkan icon parut berbentuk pentir dan  kaca mata ahli sihir milik Harry Potter.

Dengan tweet #HarryPotter20 ia akan mejana icon kaca mata dan parut berbentuk petir.


Selain daripada pihak media Twitter, Facebook juga tidak ketinggalan bagi menunjukkan keterujaan terhadap sambutang ulang tahun Harry Potter ke-20 ini dengan mengeluarkan serta melancarkan tulisan khas apabila kita update di wall atau komen di post facebook.

Jika anda menaip perkatan Harry Potter, Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff atau Slytherin pada ruang post atau komen, ia akan mengeluarkan animasi warna-warni seakan melancarkan spell seperti Haryy Potter di ruang skrin laptop anda. Anda boleh cuba.

Harry potter ke-20

Anda boleh dapatkan pelbagai info berkaitan dengan sambutan ulang tahun ke-20 di laman web harrypotter.bloomsbury

Terima kasih kerana membaca Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

2/Post a Comment/Comments

  1. Tak sangka HP dah 20. I'm getting older too.Sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa suka HP mungkin rasa dah tua. tapi saya just layan movie je.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post