Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya

situasi di jalan raya

Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya | Alhamdulillah, 1 Syawal telah melabuhkan tirai pada hari semalam, dan kini sudah masuk 2 Syawal ataupun hari raya ke 2 dan sebahagian masih dalam mood cuti. Yang pasti government servant akan mula bekerja pada hari rabu ini. Tetapi ada juga sektor swasta yang baru bermula cuti. Mungkin atas tanggungjawab yang penting terpaksa di tinggalkan keluarga pada raya pertama. 

Jangan lupa klik Situasi Di Jalan Raya Ketika Hari Raya

Jadi ada mood raya dalam cuti ni, ada ramai lagi warga kota baru pulang ke kampung halaman masing-masing demi merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta kan. Tengok dalam facebook petang semalam masih banyak kereta di atas jalan raya yang keluar daripada Kuala Lumpur terutamanya. Entry ni sekadar berkongsi beberapa situasi di jalan raya yang mungkin kita perlu hadapi kita pulang ke kampung bila tiba Hari Raya.

Situasi Di Jalan Raya

1.   R&R atau kawasan rehat penuh dengan manusia dan kereta

Paling azab bila dah lama tersankut di dalam jam, lepas tu tak tahan sangat nak buang air. Bila dah sampai kawasan rehat tu, terus lega, Tapi jangan cepat lega, sebab semestinya akan penuh dengan manusia. Lepas tu memang harapan la nak dapat parking.

2.   Sakit pinggang akibat duduk lama di dalam kereta

Situasi ni sudah tentu akan dirasai bila kita memandu hanya sekadar duduk didalam kereta dalam tempoh yang lama. Aku pernah merasa sekali 2 je jam untuk balik daripada Kuala Lumpur ke Temerloh. Tempoh yang asalnya ambil masa 2 jam, dia jadi dekat 6 jam nak sampai. Jadi naik sakit pinggang juga duk dalam kereta. Nasib baiklah ramai yang boleh memandu. Jadi kami berhenti sekita untuk tukar driver dan merenggangkan urat-urat seketika.

3.   Pertambahan tempoh perjalanan 

Situasi ni biasa bila nak balik raya. Aku tak boleh bayang kalau daripada KL ke Kelantang atau ke Kedah. Tempoh perjalan ambil masa 6, 7 jam akhirnya jadi 12 jam. fuhhh!! Setengah hari beb dalam kereta. Respect la driver tersebut. Jadi anda nak cari jodoh jauh-jauh ke sebelah rumah je? hehehe

4.   Perasaan cemburu terhadap pemandu motosikal

Hahaha situasi ini berlaku kerana mereka boleh mencelah-celah diantara kereta. Jadi tempoh perjalanan mereka tidak lah terlalu lama jika dibandingkan dengan pemandu kereta. Tapi dalam cemburu macam tu, kene ingat kalau motor mahal sekali pun, kalau hujan, boleh basah beb hahaha Lekkk laaa!! boleh rest bawah jambatan kot

5.   Jalan dalam Kuala Lumpur begitu lenggang

Yes!! situasi ni aku selalu rasa, sebabnya kampung aku di Kuala Lumpur. hahaha Malam raya, orang keluar KL, kami sekeluarga masuk KL. Jalan seperti berada di kampung, lenggang. Rasa macam nak baring je hahaha Tapi tahun ni aku tak balik KL, sebab nenek aku datang Temerloh. Tapi kalau dah semua keluar daripada KL, tinggal lah pekerja asing. Jadi KLCC milik dieorang la sekejab. ermm

Mungkin ini adalah antara situasi yang mungkin berlaku setiap kali hari perayaan. Aku rasa bukan mungkin tapi wajib berlaku. Jadi mana yang baru nak pulang ke kampung tu rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin deh. Dan jangan lupa sedekah click di bawah ni pleasee, nak cari duit raya sikit. Terima kasih


Terima kasih kerana membaca Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post