Tiket wayang percuma daripada GSC

gsc spin and win

Aku tak tahu ramai yang tahu atau tidak, sejak 1 Jun lagi, pihak GSCinemas dan Citibank Malaysia bermurah hati ingin memberi e-voucher secara peruma untuk peminat-peminat filem. Pihak mereka telah mengadakan 1 contest yang dipanggil Spin & Win yang bermula 1 Jun sehingga 30 Jun

spin & win

E-voucher ni apa? Heading tulis tiket wayang percuma?

Sebenarnya e-voucher ini adalah 1 code yang boleh digunakan untuk tebus tiket wayang yang hanya perfungsi di GSC mobile apps. Jadi kalau anda takda apps GSC di smartphone, tiada gunalah e-voucher ni. Jadi download sekarang di apps store dan playstore dan iainya percuma. Di sini aku sertakan link bagaiman nak beli tiket guna apps dan cara tabus e-voucher (kene tunggu 5 saat)

Jadi kat sini aku akan tunjukkan cara bagaimana nak dapatkan e-voucher percuma daripada GSCinemas.

  1. Anda jangan trigger plak. Sebab untuk join Spin & Win ni, anda perlulah mempunya account applikas Wechat. Seterusnya kene follow 2 account rasmi iaitu Citibank Malaysia Wechat Official Account (ID: CitibankMalaysia) dan GSCinemas Wechat Official Account (ID: GSCinemas).
  2. Di account CitibankMalaysia, klik di butang menu "Follow" dan tekan "Participation Code". Akan keluar 1 code yang akan digunakan kemudian di akaun GSCinemas.
  3. Buka akaun rasmi GSCinemas dan klik butang menu "Contest" dan pilih "Spin & Win"
  4. Masukkan participation code yang kita peroleh daripada akaun CitibankMalaysia tadi untuk memulakan contest ini
  5. Isikan butiran anda
  6. Jawab 1 soalan mudah
  7. Jadi selepas itu, anda dah boleh mula untuk Spin
  8. Share kepada Wechat Moments atau Facebook untuk dapatkan lagi peluang tambahan untuk spin
Setiap spin hanya boleh dilakukan sekali sehari, jadi kalau anda share ke Wechat Moments dan Facebook, jumlah keseluruhan sebanyak 3 kali spin dalam masa sehari

Aku rasa setiap orang akan menang sekali je, bila? itu anda semua kene bersabar je la. Keep spinning!
Sejak aku join sertai contest spin & win ni pada 4 Jun yang lepas, baru hari ni aku dapat e-voucher tu. 

Jadi dengan voucher code dan PIN yang aku dapat, aku boleh tebus 1 tiket wayang di GSC mobile apps sehingga 31 Julai. Mungkin tiket ni aku guna untuk filem Transformer: The Last Knight pada 22 Jun ataupun Spiderman: Homecoming pada 6 Julai

spin & win

Aku install Wechat pun sebab sebelum ini GSCinemas pernah buat contest sebegini, dan aku menang e-voucher dan popcorn medium. Itu je lah sebab aku install Wechat. 

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post