Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Jika sebelum ni aku dah tulis berkaitan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan design atau reka bentuk sendiri photobook dan printing daripada syarikat Photobook Malaysia. Selain menyediakan khidmat design photobook, syarikat itu menyediakan pelbagai lagi servis design seperti design canvas, business card, sticker dan macam-macam lagi. Entry sebelum ini juga aku bagi tahu yang aku dapat voucher percuma daripada pihak photobook untuk saiz small landscape softcover (8" x 6") dan aku dah decide aku nak design photobook menggunakan gambar travel Japan aku sebelum ini. Dan inilah hasilnya.

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Untuk pengetahuan, ini merupakan photobook ke 3 pernah aku design dan tempah dan yang ke 2 milik aku. Kesemua photobook aku design menggunakan software dan bukannya design secara online. Mungkin aku tak suka nak tunggu gambar di upload ke dalam album photobook tu, jadi aku decide guna software which is secara offline. Jadi aku nak tunjuk sikit bagaimana gunakan software tersebut.

Jom Design Photobook

1.   Korang boleh download software photobook designer disini

Photobook Japan Dah Siap

2.   Jika korang pilih untuk Open Existing Project, korang kene download photobook readybook di sini dan jika nak mulakan dengan Create a New Project, boleh mulakan dengan blank photobook. Korang kene tahu photobook readybook tidak banyak berbanding template secara online. Kat sini korang kene kreatif. Sebagai contoh, untuk design ni, aku guna readybook bertemakan DaddyDuties. Tema aku lebih kepada travel tapi ambil tema kepada family. Aku pilih sebab kene dengan citarasa aku. Aku olah la sikit.

Jika dah download file readybooknya, korang mesti run file tersebut dan barulah akan muncul seperti dalam gambar di bawah

Photobook Japan Dah Siap

3.   Jadi bila dah pilih akan keluar seperti di gambar

Photobook Japan Dah Siap

4.   Disini korang akan jumpa macam-macam button dan tab, korang boleh cuba, jangan takut. Sebab ianya boleh undo sehingga kembali asal. 

Pictures placement = tempat korang drag & drop image untuk masukkan ke dalam photobook 
Pages = menunjukkan setiap page photobook kita
Page Styles = menyediakan layout untuk setiap page photobook kita

Disini berlakunya segala design berlaku di bahagian tengah, di mana anda nak drag gambar daripada pic placement atau nak letak wording. Dikanan disediakan edit tab untuk gambar dan word. Tukar font, color font dan macam-macam lagi

Ini sebahagian design setiap page yang ada dalam photobook aku ni

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

5.   Jadi jika semua design korang dah siap, korang boleh proceed untuk buat tempahan untuk printing dengan menekan button cart. Nanti dia akan membawa kepada platform Photobook Malaysia untuk urusan pembayaran. 

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

6.   Selesai buat bayaran, anda diberikan 2 cara untuk upload design beserta gambar-gambar korang tadi ke server Photobook Malaysia. Jika internet cukup laju, korang boleh je gunakan cara upload order. Tapi kat sini aku akan tunjukkan cara nak guna send order via mail untuk internet kelajuan biashe-biashe aje.

Photobook Japan Dah Siap

7.   Anda tekan send order via mail, korang kene tunggu proses compress file korang. Jadi iainya tidaklah mengambil masa yang lama. Jadi bila sudah siap, akan ada sekali lagi pilihan iaitu, send file .zip yang telah siap tadi menggunakan CD/DVD iaitu secara pos ataupun upload terus ke http://www.pbww.org/transfer.

Photobook Japan Dah Siap

8.   Jadi kat sini anda masih lagi perlu upload file tersebut, kalau sebelum ini, photobook aku saiz lebih kurang 40mb je, jadi untuk upload tidak la jadi masalah besar.

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

9.   Akhirnya, akan ada pop up mengatakan successful upload. Maka secara rasmi, file korang tadi sudah diupload di server mereka. Jadi disini korang hanya perlu tunggu photobook sampa ke rumah. Ikut pengalaman aku sebelum ini, untuk sampai ke rumah aku mengambil masa kurang 7 hari.


Terima kasih sekali lagi kepada pihak Photobook Malaysia untuk photobook percuma sebelum ini. Harap pihak Photobook Malaysia dapatlah bagi lagi lepas ni, boleh buat banyak-banyak hehe

Photobook Japan Dah Siap
1 di Japan, 1 di Istanbul

Desclaimer: ini bukanlah entry berbayar, jadi segala sumber adalah datang daripada pengalaman penulis sendiri

3/Post a Comment/Comments

  1. seronok buat photobook sendiri, kak pip pun dah ada photobook ni, cuma tu lah kena ada masa nak design design ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ambil masa juga nak bagi kepuasan kan. tp alhamdulillah puas hati dengan kerjanya

      Delete
  2. waahhh ... sy hari tu ada buat juga.. tp mcm confused sikit kalau di phone.. nak cari software dan design terus di laptop x jumpa pula.. thanks for sharing.. baru mau cuba download..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post