Akhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified

Akhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified

Akhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified | Alhamdulillah, setelah beberapa minggu untuk mendapatkan surat verification, akhirnya surat selamat sampai di bumi Temerloh, Pahang, Malaysia dengan jayanya. Surat ini dikirimkan daripada pihak Google kerana ianya merupakan syarat untuk pengguna adsense seperti saya bagi menerima bayaran (payment) daripada Google Adsense. Daripada akaun yang ditulis, pihak Google telah menghantar surat tersebut pada 29 September 2017 dan telah selamat sampai pada 16 Oktober 2017. Jadi masanya lebih kurang 3 minggu untuk sampai ke Malaysia.

Entry ini hanya sekadar perkongsian pengalaman kepada semua pembaca yang baru ingin menggunakan Google Adsense bagi menjana pendapatan sampingan menggunakan platform blog ataupun youtube.

Akhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified

Jadi apa isi surat daripada Google ni?

Isi surat yang aku terima ini merupakan Personal Identification Number (PIN) yang perlu digunakan untuk verify akaun adsense kita. Dengan menggunakan PIN ini juga, membolehkan anda untuk menerima payment yang pertama daripada pihak Google sekaligus menjadi publisher sah untuk pihak Google. 

Bagaimana mahu dapatkan PIN tersebut?

Secara ringkas, untuk dapatkan PIN number tersebut, sudah tentu anda mesti dapatkan akaun adsense terlebih dahulu dengan membuat permohonan kepada pihak Google. Bagaimana aku dapatkan akaun adsense ada aku tulis dalam entri dimana Google telah meluluskan permohonan adsense aku.

Jadi selepas dapat kelulusan daripada pihak Google, anda harus mengumpulkan sekurang-kurangnya USD10 untuk mendapatkan verification akaun daripada Google. Barulah Google akan postkan surat berisi PIN ke alamat anda. Seperti apa yang aku terima.

Jadi kepada pembaca-pembaca sekalian, ringankan lah jari anda untuk klik adsense saya ok. Pleasee! nak juga merasa USD daripada Adsense. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Dan sesiapa ada tips untuk adsense boleh la share di komen box. Sangat perlukan. Terima kasih

8/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post