Perbandingan Dan Kelebihan bagi Kad Kesetian (Loyalty Card) Daripada Setiap Syarikat Petrol

Perbandingan Dan Kelebihan bagi Kad Kesetian (Loyalty Card) Daripada Setiap Syarikat Petrol


Perbandingan Dan Kelebihan bagi Kad-Kad Loyalti Daripada Setiap Syarikat Petrol | Mungkin beberapa hari yang lepas telah tular di media sosial dengan sebuah video berkaitan dengan sebuah stesen minyak petrol terkemuka di Malaysia yang katanya menipu dari segi kuantiti petrol yang diperoleh berbanding dengan harga yang dibayar. Katanya isu tersebut telah selesai, jadi kalau korang nak baca rangkuman berkaitan isu tersebut boleh terus pergi ke facebook rasmi KPDNKK disini

Entri kali ni, bukanlah aku nak kongsi berkaitan dengan isu tersebut tetapi ada kaitan dengan syarikat minyak petrol di seluruh Malaysia iaitu berkaitan dengan Kad Loyalti. Entri ini dirujuk dengan sebuah post di facebook:Pakej Percutian iaitu perbandingan dan kelebihan kad-kad Kesetian (Loyalty Card) setiap syarikat petrol dari segi penebusan petrol.

Caltex


Kad Journey
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
https://binfinite.com.my/index.php

Petronas


Kad Mesra
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
http://www.mymesra.com.my/default.aspx

BHPetrol


BHPetrol eCard
RM1 petrol = 1 point
550 points = RM5 petrol percuma
3000 points = RM27.27 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
http://www.bhpetrol.com.my/

Shell


Kad Bonuslink
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
http://www.shell.com.my/motorists/loyalty-and-payment.html

Petron


Kad P-Miles
RM1 petrol = 1 point
950 points = RM10 petrol percuma
1600 points = RM20 petrol percuma
3000 points = RM45 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
http://www.petron.com.my/web/site/page/47

Korang boleh la dapatkan mana-mana kad loyalti yang berminat. Dalam banyak-banyak kad ini, aku hanya ada Kad P-Miles je. Nampak lebih menguntungkankan. Apa-apapun buat la pilihan bijak.

Aku rujuk daripada post daripada facebook PakejPercutian. Aku tak pasti mungkin ada perubahan terma dan syarat disebaliknya. Aku tengok daripada segi penebusan petrol, masih sama.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post