Trivia Di Sebalik Filem MCU Terbaru Thor: Ragnarok

Trivia Di Sebalik Filem Thor: Ragnarok

Trivia Di Sebalik Filem MCU Terbaru Thor: Ragnarok | Pada hari ini filem sequel dari karekter superhero Thor telah bermula ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia. Filem kali ini nampaknya lebih menarik kerana adanya karekter tambahan seperti Hulk yang merupakan rakan Thor sendiri. Kali ini Thor harus menghalang dari terjadinya ragnarok ataupun kemusnahan di dalam dunia mereka iaitu Asgard. Adakah Thor akan berjaya? Jadi korang kene tengoklah sendiri. psss! Aku dah tengok pun


Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Aksi / Drama / Fantasi
Durasi: 2 Jam 10 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins
Pengarah: Taika Waititi

Trivia Di Sebalik Filem Thor: Ragnarok

Sinopsis

Terpenjara di dunia lain tanpa tukulnya, Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk

Trivia Menarik

  1. Chris Hemsworth sekali lagi memainkan peranannya sebagai Thor, Son of Odin. Dia terpaksa mengikut diet yang ketat, dan senaman enam hingga tujuh kali seminggu, dan makan sekitar enam ribu kalori setiap hari.
  2. Cate Blanchett menerima peranan dalam filem ini untuk menggembirakan anak-anaknya, yang merupakan peminat komik Marvel. Anak sulung Blanchett, Dashiell John Upton mencadangkan dia mengambil peranan Hela, mengatakan ia akan menjadi rangsangan kerjaya.
  3. Sebagai persediaan memegang watak Hela, Cate Blanchett mempelajari seni mempertahankan diri Brazil iaitu Capoeira.
  4. Thor satu-satunya filem daripada Marvel Studios yang mempunyai pengarah berbeza bagi setiap filem: Kanneth Branagh untuk Thor (2011), Alan Taylor untuk Thor: The Dark World (2013) dan Taika Waititi untuk Thor: Ragnarok.
  5. Taika Waititi muncul dalam filem ini sebagai alien iaitu Korg. Waititi adalah Pengarah filem Marvel kedua yang mempunyai peranan utama dalam filemnya sendiri, selepas Jon Favreau (yang mengarahkan dua filem Iron Man yang pertama, dan muncul sebagai "Happy" Hogan di Marvel Cinematic Universe).
  6. Rumors mengatakan ini adalah filem terakhir Thor.
  7. Tahukah anda, Hela adalah penjahat pertama wanita di dalam siri filem Marvel Cinematic Universe, MCU.
  8. Bila Thor mencampakkan tukulnya ke arah Hela, telah menampakkan sedikit tulisan graffiti di dibelakang Thor dengan tulisan "Skux life". Frasa ini ada didengarkan didalam filem Hunt fo the Wilderpeople yang diarahkan oleh Taiki Waititi sendiri sebelum ini.
  9. Thor menggelarkan pasukannya Revengers. Dalam filem itu, ia (Revengers) adalah rakan sejati kepada Avengers (mempunyai makna yang sama - untuk menyerang kembali); dalam komik Marvel, Revengers adalah pasukan anti-pahlawan yang dibuat untuk menentang Avengers.
  10. Clancy Brown yang membawa suara kepada Surtur, sebelum ini beliau juga pernah membawa suara kepada watak Odin di dalam karton The Avengers: Heroes Mightiest Earth (2010).
  11. Apabila menghantar bahan-bahan promosi untuk filem ini, ia diberi nama kod "Creature Report" untuk mengelakkan kecurian.
  12. Tukul (Mjolnir) Thor telah dimusnahkan oleh Hela didalam filem ini, Thor dikatakan mempunyai sledgehammer untuk filem-filem seterusnya atau mungkin ada dalam infinity war yang dipanggil sebagai Stormbreaker
IMDB : 8.4/10
MY RATING : 7/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post