5 Perkara Kebiasaanya Anda Akan Jumpa Di Social Media Anda Bila Tiba Tahun Baru


Alhamdulillah, kita sudah pun masuk ke tahun baru iaitu Tahun 2018 atau bersamaan dengan 1439H. Tahun 2018 bermula dengan hari Isnin sekali gus menjadi hari cuti am kepada rakyat Malaysia sebelum ini. Mungkin pada saat tersebut korang menghabiskan masa bersama keluarga, kawan-kawan ataupun hanya menghabiskan masa di atas katil dan keep scrolling your social media (Facebook, Twitter, Instagram etc). Ia terserah pada individu tersebut kan. Bercerita pasal media sosial ni, mungkin pada hari tahun baru tersebut, timeline dan wall media sosial anda dibanjiri dengan ucapan tahun baru. Sepanjang korang scroll wall facebook tersebut, mungkin korang akan perasan ada beberapa perkara berkaitan tahun baru yang korang akan jumpa dan terbaca. Apa dia? Sambung baca...


1. Ucapan Tahun Baru

Rasanya ucapan tahun baru, korang sendiri pun tidak melepaskan peluangkan. Mungkin ada yang buat ucapan lebih awal, katanya nak tidur awal. Mungkin ada yang buat ucapan lewat, mungkin sebab dah biasa tidur awal atau tertidur sambil nak tunggu fireworks kan. Mungkin korang nak lagi istimewa menjadi orang yang pertama post ucapan awal tahun 2018 di semua media sosial serentak sama ada ucapan di Facebook atau Twitter dan juga selfie penuh dengan stiker bertebaran di Instagram



2. Azam Tahun Baru

Harapan atau azam yang ingin dicapai bagi tahun 2018 juga tidak ketinggalan berlegar di media-media sosial anda. Azam ini lebih kepada apa yang ingin dicapai untuk sepanjang 2018. Tapi kebanyakkannya hanya berazam tapi tanpa membuat perancangan. Kalau anda perancangan sekali kan bagus. Ehemm... korang kene ingat azam 2017, 2016, 2015 hari tu dah capai belum? Kalau belum, boleh dah recycle azam-azam tersebut. Kebiasaanya aku tengok azam friends aku di media sosial semunya nak kurus. Harap berjaya la ek.


3. Statistik Sepanjang Tahun

Untuk statistik ni kebiasaanya korang akan jumpa sebelum 2017 melabuhkan tirai. Statistik ni macam:


Dan macam-macam lagi la. Kot korang ada jumpa video Youtube yang paling banyak likes dan dislikes ke, boleh share kat komen nanti. hehe

4. Pencapaian/Pengalaman Sepanjang Tahun

Mungkin korang juga biasa nampak friend list korang update status/tweet tentang pencapaian mereka sepanjang tahun 2017. Kadang ada juga pencapaian yang tidak disangka-sangka atau mungkin ada cerita disebalik bagaimana mereka mencapai pencapaian tersebut. Di timeline aku, kebanyakkan lebih kepada misi grad on time. Alhamdulillah kebanyakkannya berjaya. Ada juga gembira dengan perkahwinan, mendapatkan baby dan macam-macam lagi. Yang aku sempat baca daripada public figure antaranya adalah Dr. Khairul Hafiz dan Mira Filzah

Kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada comrade yang berjaya grad on time, yang dah berkerjaya, yang dah kahwin dan juga yang telah menimang cahaya mata. Doa-doakanlah yang terbaik untuk kita semua. Good~

5. Lawak Tahun Baru

Lawak tahun baru la aku rasa yang paling kerap sekali keluar di timeline dan wall media sosial korang kan. Sebab apa? Lawak tahun baru orang yang sama boleh buat lawak akhir tahun, sedang sambut countdown dan juga melawak untuk awal tahun. Beza dengan ucapan, biasanya kita ucap sekali je kan. Tapi kene ingat, lawak tak semestinya membuat orang gelak sebab ada lawak betul dan ada lawak hambar yang kadang-kadang boleh bawa gaduh. hahaha Contoh yang paling popular lawak hambar yang dah basi ialah lawak tandas.

Jangan masuk tandas 11.59pm 2017, khuatir akan keluar tandas pada tahun hadapan
Beria duk tunggu 2018, kot-kot nanti yang muncul 2017s 
Ini lawak kalau diupkan di media sosial, bersiap sedialah untuk dikecam. Sesempat aku scrolling facebook, twitter aku tak jumpa lagi lawak power 2018. Dah habis idea kot. Entahlah. Jadi kalau korang nak cari lawak-lawak hambar ni, korang search je facebook, twitter korang tu. Adalah keluar nanti.

Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih kepada readers dan viewers yang masih mengunjungi helloaiman yang tidak seberapa ini walaupun lately agak kurang updatenya. Dan juga mahu minta maaf kalau ada tersalah tulis. hehe

Selamat Tinggal 2017, Selamat Datang 2018

2/Post a Comment/Comments

  1. Selamat Tahun Baru Dari mama semoga segala impiana menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  2. semoga tahun baru menjanjikn 1001 kbaikan..

    doa yg baik2 utk dapatkn yg baik2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post