Jersi Pahang FA Tahun 2018 Ni On Ke Tak On?

Jersi Pahang FA Tahun 2018 Ni On Ke Tak On?

Musim baru untuk liga Malaysia bakal membuka tirai pada hujung minggu ini untuk Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM. Jadi semua pasukan yang bertanding telah menyiapkan beberapa keperluan seperti mendaftarkan pemain-pemain tempatan dan import, venue stadium Home untuk pasukan sendiri, mencari sponsor sepanjang musim, memperkenalkan jersi baharu dan macam-macam lagi.

Jadi pada Ahad yang lepas, beberapa buah pasukan telah mengadakan dan melancarkan secara rasmi jersi baharu dan salah satunya adalah pasukan aku, Pahang FA.

Pahang FA telah memperkenalkan jersi baharu sekali gus memperkenalkan pemain mereka pada 28 Januari yang lepas bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh. Pada tahun ini, Pahang FA mengekalkan penaja pada musim lepas iaitu FILA.

Pada acara tersebut, Pahang merasmikan jersi Home atau jersi utama serta jersi away atau jersi kedua. 2 jersi untuk penjaga gol juga diperkenalkan. Terus mengekalkan warna kuning sebagai warna rasmi untuk jersi utama Pahang FA. Pada sebelah malamnya acara diteruskan dengan perlawanan persahabatan antara Pahang FA melawan Shahzan Muda FC di Stadium Mini Temerloh yang berkesudahan Pahang 4 - 1 Shahzan Muda

Jersi Pahang FA Tahun 2018 Ni On Ke Tak On?
sumber: MYFootballLiga

Bagi aku jersi yang direka khas FILA untuk Pahang FA agak menarik tapi tidaklah sampai ke tahap 10/10. Aku bagi 9.8/10 la hahaha Apa-apapun untuk tahun musim 2018 nanti, bagi la 1 piala pun dah cukup. Hogoh Pahang Hogoh!!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post