Trivia Menarik Filem Titanic 1997 Yang Mungkin Kita Tak Tahu


Tahun lepas iaitu 2017, merupakan ulang tahun yang ke-20 untuk filem epik serta romantik iaitu filem Titanic. Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang kisah cinta antara Jack dan Rose (dilakonkan watak oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet) yang berasal dari kelas yang berbeza di atas kapal RMS Titanic yang akhirnya karam dan tenggelam dalam pelayaran perdananya pada 15 April 1912.

Yang menarik pada filem ini, Titanic masih mengaut keuntungan walaupun sudah diterbitkan selama 20 tahun. Filem ini masih membuat kutipan sekurang-kurangnya £15,000 (hampir RM82,000) di United Kingdom sahaja, setiap tahun.

Jadi aku kongsikan trivia lain berkaitan dengan filem epik Titanic.


Trivia Menarik

1. Tiada Rezeki


  1. Salah satu watak yang wujud didalam filem Titanic iaitu Captain Kapal, Captain Smith (dilakonkan oleh Bernard Hill) yang sepatutnya dilakonkan oleh Robert De Niro, namun beliau mengalami masalah kesihatan pada ketika itu terpaksa menolah tawaran tersebut. 
  2. Lindsay Lohan yang ketika itu berusia 9 tahun hampir memagang salah satu watak di dalam filem Titanic iaitu sahabat cilik Jack iaitu Cora Cartmell. Namun begitu, cadangan tersebut dibatalkan kerana warna rambut Lohan sama dengan watak Rose.

Captain Smith bersama anak kapal


2. Bayaran Mewah Yang Diberikan Kepada Watak Tambahan

Tahukah anda, salah satu watak tambahan atau extra yang membawa watak sebagai penumpang kanak-kanak tanpa nama dan hanya melontarkan satu baris dialog telah menerima bayaran royalti sebanyak £20,000 bersamaan RM109,223. Ini diakui sendiri oleh pelakon tersebut Reece Thomson III di majalan Cosmopolitan. 

" Jumlahnya memang banyak, dan ia membantu saya menjelaskan yuran pengajian kolej. Saya baru berusia 5 tahun ketika itu dan pengalaman berlakon dalam Titanic sangat hebat" 

3. Filem Hebat Hasil Daripada Pengarah Yang Hebat 

Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Suntingan Terbaik antara anugerah yang dimenangi oleh pengarah Titanic, James Cameron di Academy Award

Pemegang watak Rose iaitu Kate Winslet memberi di dalam portal Daily Mail di mana pengarah tersebut seorang yang tegas dan adakalanya menakutkan dengan barannya. Tetapi itulah cara pengarah itu bekerja bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan sudahpun terbukti.


Bahagian depan kapal dipasang dengan satu mekanisme yang membolehkannya tenggelam 30 kaki sementara bahagian dek dapat dinaikkan sehingga 90 darjah, yang merupakan babak penting ketika Titanic tenggelam.
Gambaran kapal Titanic

4. Bukan CGI


Mungkin ramai mengandaikan babak dimana kapal Titanic di jalankan menggunakan teknik CGI. Andainya korang salah. Untuk babak tersebut, pihak produksi telah membeli sebuah tanah seluas 40 ekar di Mexico, di mana sebuah tangki sedalam 90 kaki dan mampu menampung 17 juta gelen air, dibina. Airnya pula, diambil dari Lautan Pasifik, dan set penggambaran dipasang pada bicu hidraulik supaya ia boleh dimiringkan sehingga enam darjah, mirip ombak laut. Bahagian depan kapal dipasang dengan satu mekanisme yang membolehkannya tenggelam 30 kaki sementara bahagian dek dapat dinaikkan sehingga 90 darjah, yang merupakan babak penting ketika Titanic tenggelam.

Begitu hebatnya filem ini, pengarah fotografi Titanic, Russell Carpenter memberi tahu, "Jika kapal yang anda saksikan itu bersaiz 800 kaki, saiznya memang 800 kaki. Jika anda saksikan 500 orang pelakon tambahan berlari, memang 500 orang pelakon yang terlibat"


5. Sanggu Bersakit Demi Watak Rose

Selain pengarah yang hebat, pelakon yang memainkan watak juga amat penting bagi menghasilkan sesebuah karya perfileman. Dalam Titanic, pemegang watak Rose iaitu Winslet mengalami hipotermia untuk babak di lautan kerana enggan memakain sut khas

Hipotermia merupakan satu keadaan di mana badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba, menyebabkan suhu badan menjadi rendah.

"Saya mahu betul-betul menggigil kerana bimbang ia nampak tidak natural," itu alasan Winslet. Babak itu dilakukan dalam tangki air sedalam 3 kaki dengan suhu 26 darjah Celsius, menyamai air kolam.

Kate Winslet mengalami hypothermia kerana enggan memakai sut khas untuk babak di lautan.
Babak dimana Kapa Titanic tenggelam

6. Lagu Tema Yand Dibenci

Selain filem itu sendiri, Titanic juga terkenal dengan sebuah lagu "My Heart Will Go On" iaitu nyanyian Celin Dion. Lagu terus dikenali ramai dan diiktiraf sebagai Lagu Asal Terbaik di Academy Award dan a few trophys in Grammy Award. 

Tetapi disebalik kemegahan itu, ada beberapa perkara yang berlaku sebelumnya antaranya adalah lagu tersebut sebenarnya pada awalnya diterima oleh pengarah, Cameron sendiri kerana beliau tidak mahukan elemen skor muzik yang lemau dalam filem tersebut. Tetapi akhirnya, beliau terpaksa akur dengan kehendak produksi dan bersetuju menerima lagu tersebut sebagai lagu tema. 

Selain Cameron, Kate Winslet juga menunjukkan tidak boleh terima lagu tersebut pada awalnya dengan membuat pengakuan tidak pernah mendengar lagu itu dalam versi penuh.  Tahniah Celin Dion, komposer James Horner dan pengubah lirik Will Jennings dengan lagu "My Heart Will Go On".

7. Pencalonan Oscar Award dan Keuntungan

Tahukan anda, Titanic merupakan filem pertama yang mencecah kutipan billion iaitu AS$2.4 billion dan memegang kutipan tertinggi sehingga munculnya Avatar pada tahun 2009 yang mengambil alih takhta kutipan tertinggi. Tapi jangan risau, kedua-dua filem tersebut diarah oleh pengarah yang sama James Cameron.

Selain keuntungan, Titanic juga gah di Academy Award 1998, mana tidaknya daripada 14 pencalonan, menang 11 daripadanya. Ia satu rekod yang belum dapat dipecahkan. Setakat ini hanya dua filem yang menyamai rekod itu, iaitu Ben-Hur (1959) dan The Lord Of The Rings: The Return of the King (2003)




sumber: bharianonline

3/Post a Comment/Comments

  1. terbaik.. kalau bayaran pon mahal utk satu dialog ja, sapa pon nk blakon.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... memang rezeki la budak masa tu. filem sampai kutip billion

      Delete
  2. Satu dialog je dapat seratus ribu?? Jeles wehhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post