8 Trivia Menarik Berkaitan Dengan Asia


Mungkin ada antara kita sudah biasa travel atau mengembara ke luar negara terutamanya di Asia. Dengan benua terbesar di dunia yang mengandungi hampir 50 buah negara termasuklah negara kita Malaysia. Dengan banyaknya buah negara di Asia ini, sudah pasti banyak fakta yang menarik kita boleh peroleh daripada negara-negara tersebut. Jadi meh aku kongsi beberapa fakta amazing tentang Asia




1. Ibu negara Thailand, Bangkok ada nama lain


Tahukah anda, nama lain Bangkok adalah lebih panjang iaitu Krung Thep Maha Nakhon. Selain nama lain ibu negara yang lebih panjang, ada suatu upacara di Thailand yang mempunyai nama lebih panjang iaitu Krungthepmahanakhon Amonrattanakosin Mahintharayutthaya Mahadilokphop Noppharatratchathaniburirom Udomratchaniwetmahasathan Amonphimanawatansathit Sakkathattiyawitsanukamprasit.


2. Gemuk merupakan suatu kesalahan undang-undang di Jepun


Pada 2008, Jepun telah menetapkan gemuk merupakan suatu kesalahan undang-undang. 'Metabo Law' mewajibkan setiap warganegara Jepun berumur antara 40 dan 74 untuk mendapatkan nilai ukur lilit pinggang mereka. Bagi lelaki tidak boleh mempunyai pinggang melebihi 33.5 inci, dan wanita melebihi 35.4 inci. Jikamelebihi had, anda diberikan panduan pemakanan. Jika masih tidak berjaya untuk kurangkan pada had tersebut, anda mungkin didenda. 

Ini kalau buat kat Malaysia, kaya raya kerajaan haha


3. Valentines Day untuk golongan single di Korea Selatan


Mungkin biasa pada 14 Februari merupakan hari kekasih bagi pasangan mengikut adat orang putih. Jadi setiap pasangan meraikannya. 

Jika 14 Feb hari untuk kekasih, 14 April hari untuk golongan single. Hari tersebut juga dikenali sebagai Black Day. Pada hari tersebut, golongan single akan berkumpul dan keluar mencari hidangan jajangmyeon iaitu mee hitam dan dari situlah nama Black Day diinspirasikan


4. Di Thailand, tiada seorang pun akan memotong rambutnya pada hari rabu


Thailand sangat terkenal dengan kepercayaan nenek moyang yang kadang-kadang cannot brain. Jadi dengan kepercayaan itu juga, mereka percaya pada hari rabu merupakan hari yang malang bagi mereka yang ingin potong rambut. Kalau rabu memberi nasib malang, pada hari isnin akan memberi nasib yang baik kepada mereka jika potong rambut.


5. India menghasilkan mangga yang paling banyak sekali


India sudah pasti terkenal dengan manisan. Jika kita tengok filem sahaja, kita boleh tahu fakta ini tentang manisan. Tapi tahukah anda hampir 12 juta tan setiap tahun dihasilkan oleh India. 


6. Nepal merupakan negara pertama yang membenarkan pasangan Gay berkahwin


Pasangan yang sama jenis iaitu lelaki dan lelaki dibenarkan secara undang-undang berkahwin di Nepal. Tak tahulah apa depa fikir! Selain dari itu juga, di negara Nepal juga tiada hukuman mati dikenakan kepada pesalah undang-undang.


7. Ramainya penduduk Jepun yang berumur 100 tahun


Jika anda rasa nak hidup lama, pindahlah ke negara matahari terbit, Jepun. Di sana sahaja, hampir 50,000 penduduk yang berumur mencecah 100 tahun. Kita sedia maklum macam mana kehidupan di Jepun yang penuh dengan ketenangan dan keharmonian. Mungkin ni penduduk diluar bandar yang jauh daripada hidup strees di bandar.


8. China hanya mempunyai 1 time zone


Besarnya tanah besar China hampir 9,600,000 square kilometers yang sepatutnya boleh dimasukkan 5 time zone berbeza. Tetapi dengan besarnya ini di sana mereka hanya menggunakan 1 time zone sejak Chinese Civil War pada 1949. Katanya lebih kepada sebab politik.

sumber: floor8.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post