Monday, 19 February 2018

,

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

Berita baik untuk penerima dan pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M bagi tahun 2018 dimana kini anda boleh menyemak status permohonan anda. Anda boleh melayari website MyBR1M untuk ketahui lebih lanjut berkaitan status permohonan anda. Lulus? Tidak Lulus? Tangguh?


Semakan Kelulusan Permohonan

Jadi untuk anda yang ingin membuat semakan berkaitan status permohonan anda. Pelbagai cara telah disediakan iaitu:

  1. Semakan secara online di website eBR1M
  2. Emel yang didaftarkan di dalam borang permohonan BR1M
  3. Semakan secara aplikasi mobile BR1M: Muat turun di Play Store atau Apps Store
  4. Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat di dalam borang permohonan BRIM.

Jadi daripada kaedan tadi, semakan secara online di website MyBR1M sudah tentu cara terpantas untuk mengetahui status permohonan anda. Jadi saya akan tunjuk sedikit cara membuat semakan secara atas talian di website MyBR1M

1. Buka website https:ebr1m.hasil.gov.my atau eBR1M dan klik tab MyBR1M

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

3. Masukkan kad pengenalan yang telah didaftarkan ketika memohon sebelum ini

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

4. Jawab beberapa soalan verfikasi

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

5. Klik bahagian semakan status

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018

6. Anda boleh lihat status permohonan anda

Jom Semak Status Kelulusan BR1M 2018


Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Kategori 1: Individu Bujang Yang Berpendapatan Di Bawah RM2000

Jumlah bantuan : RM450

Tarikh : Feb 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)

Kategori 2: Isi Rumah Yang Berpendapatan RM3001-RM4000

Jumlah bantuan : RM900

Tarikh : RM300, Feb 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
           : Rm300, Jun 2018 (Akan dimaklumkan)
           : Rm300, Ogos 2018 (Akan dimaklumkan)

Kategori 3: Isi Rumah Yang Berpendapatan Di Bawah RM3000

Jumlah bantuan : RM1200

Tarikh : RM400, Feb 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
           : RM400, Jun 2018 (Akan dimaklumkan)
           : Rm400, Ogos 2018 (Akan dimaklumkan)


Jika anda punya masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018, anda boleh hubungi:
  1. Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 
  2. Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716  (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. eMel : br1m@treasury.gov.my
  4. Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933 
  5. Sekretariat BR1M : Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Share:

3 comments: