Saturday, 31 March 2018

,

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik | Penjagaan gigi adalah penting untuk kesihatan kita. Mungkin setiap hari kita makan bermacam-macam makanan yang mungkin juga memberi kesan kepada kesihatan secara am dan gigi kita secara khusus. 

Dengan penjagaan gigi, sudah pasti akan memberi gigi yang kuat dan senyuman yang menawan dan menarik gitu. Jadi sebelum ni, saya ada baca 1 perkongsian seorang dentist iaitu Dr ib shah di twitter. Jadi jom tengok 10 tips penjagaan gigi ke tahap yang lebih baik yang dikongsi oleh beliau



10 Tips Penjagaan Gigi


Tips 1: Teknik Berus

Berus gigi sahaja tidak cukup, a better technique is to angulate your toothbrush 45 degree ke gusi dan pastikan semua bahagian gigi diberus; depan dan belakang tepi gigi. Berus 2-3 gigi dalam satu masa dan bukannya berus semua gigi terus tapi tidak bersih.

Tips 2: Berus Secukup Rasa

Semua orang berus gigi, tapi tidak semua berus gigi secukupnya. Kajian menunjukkan berus gigi selama 2 minit dengan 2 kali sehari adalah cukup optimal.

Katanya ada berus gigi gigi elektronik yang hanya berhenti selepas 2 minit ataupun boleh juga set timer. Kalau tak boleh anggar la 2 minit tu kan.

Tips 3: Pilih Berus Gigi Yang Sesuai

Pilih kepala berus yang kecil untuk sampai ke bahagian hujung gigi terakhir - wisdom tooth kene bersih. Gunakan bulu yg lembut dan nipis utk memudahkan masuk dan bersih celah celah gigi.

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik


Tips 4: Gunakan Dental Floss

Floss penting kerana ia boleh membersihkan 40% kawasan yang tak tercapai dengan berus! Make sure the floss rubs against the teeth ,make a ‘C’ shape so it will wrap around each tooth.

Tips 5: Gunakan mouthwash

More than 70% of bacteria is not on your teeth! Kumur-kumur dapat membersihkan sisa makanan di tempat-tempat yang tidak smpai oleh berus dan floss. Tambahan mulut akan lebih segar dan bau harum.

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik


Tips 6: Bersihkan Berus Gigi

Untuk permbersihan berus gigi ni tak perlu pun special tutorial sebaliknya cukup dengan bersihkan berus dengan air mengalir dan biarkan kering. Ramai ingat tutup berus dengan penutup boleh kekal kebersihan berus tapi kajian menunjukkan kalau tutup, boleh menyebabkan bacteria tumbuh.

Tips 7:  Tukar Berus Gigi

Bristle atau bulu pada berus gigi boleh rosak selepas beberapa bulan. Cadangan untuk pertukaran berus gigi adalah tukar berus setiap 4 bulan, jadi setahun 3 biji berus gigi.

Handphone, handbag mahal, tapi berus gigi habis kembang tak buang-buang. Bawa-bawa lah tukar berus giginya.

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik


Tips 8: Menggunakan Tongue Scrapper

Sesetengah berus gigi ada gerigi di belakang utk scrap the tounge ataupun beli sahaja tongue scrapper. Jadi lepas siap berus gigi, berus lidah pula bagi hilang bakteria di lidah pula. Dengan tongue scrapper, bukan saja boleh bersihkan bacteria pada lidah, 90% of halitosis (bau mulut) bermula di lidah.

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik

10 Tips Penjagaan Gigi Ke Tahap Yang Lebih Baik


Tips 9: Stop snacking

Makan selepas selesai gosok gigi dan terus tidur boleh menyebab kan sisa makanan melekat celah gigi dan bila dibiarkan sepanjang malam ketika tidur, bakteria pulak yang muncul dan mula berparti dengan sisa makanan tadi. Bawa-bawa la berhenti makan tengah malam. Sihat tubuh badan juga.

Tips 10: Jumpa dentist setiap 6 bulan

Kadang-kadang ada lubang atau caries yang dah terbentuk tapi kita tidak sedar. Ia boleh menjadi lebih besar dan sakit jika lambat diambil tindakan atau dirawat. Jadi jagalah gigi anda sebaiknya. Baru boleh terus show-off senyuman yang menawan kepada orang ramai. 
Share:

2 comments:

  1. Dulu masa sekolah tak pernah guna floss, selalu sakit gigi..bila dah besar pandai guna floss..Alhamdulillah jarang dah pergi klinik gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih tak pandai guna floss. haha

      Delete