Jom Tengok Apa Kelebihan Telegram Daripada Aplikasi Lain

Jom Tengok Apa Kelebihan Telegram Daripada Aplikasi Lain

Jom Tengok Apa Kelebihan Telegram Daripada Aplikasi Lain | Sebelum wujudnya telefon pintar yang hampir 99% bergantung kepada rangkain internet, mungkin sebahagian sudah lupa ataupun jarang sekali menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS di telefon masing-masing. Sebagai alternatif kepada SMS, banyak pembangun aplikasi telah mengeluarkan messaging service yang menggunakan rangkain internet semata sebagai contoh yang popular dikalangan pengguna seperti Whats app, WeChat, Google Hangout, LINE, Telegram dan banyak lagi. Ando boleh google je. 

Jadi setiap aplikasi permesejan ini mempunyai pengguna setia, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi sedikit perkongsian berkaitan 1 aplikasi permesejan iaitu berkaitan dengan aplikasi Telegram Messenger. Mengikut statistik, pada 2015, Telegram mendapat 62 juta pengguna aktif yang menghasilkan sehingga 12 billion message dan semestinya aplikasi ini adalah free. Anda boleh download di Playstore atau di Appstore. Jadi apa kelebihan Telegram berbanding aplikasi permesejan yang lain?

Kelebihan Telegram

1.   Pada Telegram anda tidak perlu risau berkaitan dengan backup function. Setiap apa yang dimuat naik, segala text yang ditulis dan sebagainya akan disimpan secara automatik tanpa anda perlu backup setiap hari. Jika pada Whats app anda perlu backup. Sebagai contoh, kalau anda uninstall Whatsapp, jika tiada file backup, segala file atau text sebelum ini akan hilang sekiranya tiada restore dilakukan daripada file backup

2.   Hampir setiap aplikasi permesejan ada disediakan group chat tetapi berapa banyak atau ramaikah yang boleh join dalam satu-satu masa? Di Telegram Messenger, 75 000 ahli boleh sertai group dalam satu-satu masa. Jadi tak perlu risau kalau admin bagi tahu, 'maaf group dah penuh'

3.   Seperti di Wechat, terdapat sticker yang menarik dan comel disediakan. Tapi yang membezakan pada Telegram, anda boleh buat sticker sendiri hatta gambar anda sendiri boleh dijadikan sticker. Anda perlu search di Telegram @stickerbot dan ikut arahan

4.   Night mood. Mungkin pengguna Twitter biasa dengan night mood ni. Bagi mengurangkan pengguna yang suka membuka handphone dalam keadaan gelap seperti sebelum tidur, mood ini sangat penting bagi mengurangkan pencahayaan. Appearance Telegram ditukar kepada warna yang gelap bagi mengurangkan cahaya putih.

5.   Jika di Whatsapp, kalau anda masuk lambat sesuatu group, setiap chat, media tidak akan dilihat oleh anda, jadi ahli group terpaksa menulis atau upload semula files tersebut. Tetapi tidak pada Telegram, anda terlambat 10 tiang hatta lewat sebulan pun, segala tok nenek text atau media anda boleh lihat. Yang perlu adalah rajin untuk scroll mencari sahaja. Features ini sangat berguna sebenarnya.

6.   Pada telegram, anda boleh ubah suai tema kesukaan anda secara bebas. Nak warna apa, nak warna text apa. Terserah pada anda. Dah bosan warna biru, 4 tahun sekali tukar warna merah pula kan. Admin biru tu tukar sekali

7.   Permasalahan ini saya rasa penting untuk saya dah sebahagian yang lain. Jika anda kongsi gambar di Whatsapp, gambar tersebut akan dicompresskan dah secara automatik resolution gambar tersebut menurun dan hasilnya gambar itu akan pecah. Tidak di Telegram, apa yang gambar anda kongsikan itu, begitulah juga resolution nya dan gambar tidak pecah. Baru la best nak hantar gambar kan.

8.   Di Telegram anda boleh boleh kongsi file sebesar 1.5Gb dalam satu masa. Maka tak hairan la ramai orang kongsi movie kan di Telegram

9.   Tahukah anda, anda boleh buka Telegram di beberapa platfom seperti di smartphone, laptop, komputer ataupun di web dalam masa yang sama dan anda hanya perlu install software Telegram sahaja apabila di komputer dan masukkan no telefon. Segala file yang sama di smartphone anda, akan muncul di komputer anda tanpa sebarang kekurangan pun. Tak perlu nak scan bagai.

10.   Jadi seterusnya ini, saya rasa ianya begitu istimewa dan hanya di Telegram sahaja anda boleh dapat. Di Telegram, anda boleh semak dan track parcel poslaju anda tanpa pergi ke website poslaju. Anda hanya perlu search @pandaibot di Telegram

11.   Di Telegram juga, anda boleh download video daripada Youtube, Instagram dan Twitter tanpa perlu memasang aplikasi third-party. Anda hanya perlu search @getmediabot di Telegram

12.   Sama seperti beberapa aplikasi lain, anda boleh main game di Telegram. Search sahaja  @gamee di Telegram anda

13.   Mungkin anda biasa dengar Google Drive, dropbox, icloud yang mana ianya berfungsi sebagai penyimpan data secara awan atau senang cerita, simpan data-data anda di dalam internet tanpa menggangu storage komputer atau handphone anda. Ya! di Telegram pun anda boleh simpan data anda di bahagian saved messages. Anda boleh upload contact, gambar, video, file dan macam-macam lagi.


14.   The best part in Telegram, terlalu banyak hiburan di Telegram. Di sini anda boleh menonton terus filem kesukaan anda, nak download movie, nak cari video menarik, nak dengar atau download lagu, nak tengok kdrama, series, dan cari e-book dan dengar ceramah, nak cari resepi, nak cari kerja kosong dan macam-macam lagi. Selain group, Telegram menyediakan channel di mana anda hanya sebagai penonton, di mana anda tak boleh chat atau upload apa-apa file. Jadi disinilah anda boleh dapatkan file kesukaan anda. Terlalu banyak channel di Telegram, ada yang buruk ada yang baik. Untuk yang baik anda boleh klik sini, sini dan sini  atau terus search sahaja di Telegram dan untuk yang buruk anda cari la sendiri. (anda selongkar la sendiri channel tersebut keh dan terima kasih kepada yang berkongsi di link tersebut)


Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan Telegram daripada aplikasi lain, kalau nak senaraikan satu-satu takut tak terbaca pula. Jadi ini lah sebahagian yang saya rasa menarik yang dikongsikan di thread akaun twitter @bersekova. Apa pun semua kelebihan yang anda, Whatsapp juga menjadi platfom utama pengguna harian. Entah la. hehe Jadi kalau anda rasa ada lagi kelebihan Telegram Messenger ni, anda boleh drop komen di bawah keh.

6/Post a Comment/Comments

  1. yang best boleh tengok movie dengan lajunya guna telegram

    ReplyDelete
  2. memang telegram lebih best dari whatsapp... tapi org lebih suka guna whatsapp juga...

    ReplyDelete
  3. Yg buat lagi best bila join group, boleh tengok previous info.

    ReplyDelete
  4. Kenapa sy restart dan unisntall install byk kali telegram ttp xda otp masuk

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post