Tuesday, 20 March 2018

,

Makan Ais Kepal Milo Pertama Kali Di Temerloh

Ais Kepal Milo di Temerloh

Benar, buat pertama kalinya selepas beberapa bulan ianya viral di seluruh pelusuk Internet dah media sosial akhirnya aku dapat juga rasa Ais Kepal Milo. Kedai tersebut pada awalnya aku nampak dieorang iklankan dalam group facebook makan-makan kat Temerloh di mana lokasi dan beberapa gambar kedai tersebut.

Sebenarnya kedai ni bukanlah satu-satunya kedai yang mensajikan Ais Kepal Milo, kalau tak silap kat Temerloh ni aku perasan ada 4 atau lebih tempat yang menyediakan menu tersebut. Jadi entry ni hanyalah perkongsian ringkas berkaitan kedai Ais Kepal Milo di kedai  tersebut.

Ais Kepal Milo di Temerloh
sumber:makan-makan kat temerloh


Nama kedai: Tidak dapat kenal pasti hahaha (takda signboard nama kedai)

Lokasi: Bersebelahan Hospital Temerloh, HOSHAS dan berhadapan dengan PAIP seberang Temerloh.

Menu: Ais Kepal Milo, Coconut Shake, air kelapa, nasi ayam, mee sup dan macam-macam lagi. (Air kosong disediakan percuma)

Waktu perniagaan : 11 pagi sehingga 7 malam dan di buka-buka setiap hari

Harga : Ais Kepal Milo (RM4.00), air kelapa (RM4.00), yang lain kene tanya sendiri hehe

Ais Kepal Milo di Temerloh
sumber:makan-makan kat temerloh (rupa Ais Kepal Milo dengan topping cokelat)

Ais Kepal Milo di Temerloh
Sedap poh paleh weh

Ais Kepal Milo di Temerloh
Setelah dibedah menjadi separuh

Untuk pertama kali rasa Ais Kepal Milo ni, bagi aku rasanya sedap sangat, tapi tak tahu la kalua kedai-kedai lain kan, sebab tak pernah rasa. Tapi tak eloklah makan setiap hari kan, sebab ianya manis. Dengan rasa dan kuantiti, bagi aku RM4 itu berbaloi dan boleh datang lagi. Selain di seberan Temerloh ni, aku tahu ada 3 tempat lain lagi yang ada menu Ais Kepal Milo, di Mentakab, Kerdau, dan Jalan Bahagia. Kat mana tu, korang kene terjah dah google sendiri, sebab aku pun tak tahu lokasi sebenar sebab tak pernah sampai lagi. Inilah serba sedikit perkongsian Ais Kepal Milo di Temerloh.
Share:

10 comments:

  1. Tak pernah makan ais kepal Milo ni.. Nampak sedap kemain hehehe

    ReplyDelete
  2. Liez dah cuba ais milo kepal.. adik belikan.. ok la rsnya.. sbb liez pun xsuka benda2 msnis sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba sekali sekala kan

      Delete
  3. Sedapnyaa. Mai pun layan juga ais kepal ni. Yg geramnya beli kali ketiga rasanya berubah, dah tak pakai Milo, macam pakai coklat murah. geramm. Apapun manis2 camni takleh makan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. janganlah makan banyak kali. silap hari bulan potong kaki la jawabnya hehe

      Delete
  4. tengah panas ni. :) sedap pulak tengok ais milo kepal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dapat msa tengah cuaca panas lagi sedap la

      Delete
  5. Baru dalam planning nak cuba ais kepal milo dekat area tempat Nad ni. Planning jelah, pergi taktau bila hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dah tu. saya pun pun planning nak makan ais kepal ni lama gila. dapat la juga akhirnya

      Delete