Penyertaan Pertama Kali Dalam Virtual Run


Mungkin sekarang sudah menjadi kebiasaan pertandingan larian atau marathon di adakan dan selalu kita dengar. Bukan sekadar dengar, tetapi mungkin kita sudah biasa sertai larian tersebut sama ada dianjurkan oleh pihak sekolah, universiti, syarikat korporat, NGO, jabatan kerajaan dan sebagainya. 

Secara jujurnya aku belum pernah sertai mana-mana larian atau run yang diadakan setelah tamat pengajian. Tetapi buat kali pertamanya pada bulan ini, Mac aku sertai 1 running event yang diadakan oleh persatuan alumni UMP. Sebenarnya di UMP hampir setiap semester di adakan larian, di anjurkan oleh persatuan pelajar, persatuan kolej atau pihak UMP sendiri

Jadi kali ni, Alumni UMP telah mengadakan larian tetapi agak berlainan daripada larian yang lain. Sebab apa? Mungkin dengar nama pun kita boleh anggap ianya berlainan daripada yang lain. Virtual Run Alumni UMP 1.0, itulah nama acara larian tersebut. Adakah dengan maksud virtual tu kita berlari secara maya di dalam komputer? haha sudah tentu tidak. 

Secara ringkasnya Virtual Run Alumni UMP 1.0 2018 merupakan acara larian sepanjang 21KM (half-marathon) tetapi korang boleh berlari di mana-mana sahaja dan larian boleh dilakukan sedikit-sedikit sehingga lengkap 21KM.  

Acara ini dibuka kepada semua golongan dan bukannya terhad kepada warga UMP sahaja. Sama ada korang pelajar UMP, alumni UMP ataupun orang awam. Semua boleh sertai. Pendaftaran telah dibuka daripada 1 Feb - 31 Mac 2018 atau sehingga habis slot. Larian pula telah bermula daripada 15 Mac sehingga 14 April 2018. Jadi kene lengkapkan larian 21KM dalam masa sebulan tersebut. Mungkin boleh 1 hari 1KM kan. Bayaran hanya RM65 dan korang akan dapat Tshirt Micro, Medal, E-certificate & E-bib. Korang boleh mengetahui syarat-syarat dan cara bayaran di sini

Bagaimana mahu hantarkan bukti larian?

  1. Rekod larian anda dengan menggunakan applikasi seperti (Run tracker, Run Keeper, Strava, Fitbit, Garmin, endomondo, Strava, Runkeeper, Nike + atau lain2). 
  2. Pastikan apps anda mempunyai rekod masa,tarikh & jarak
  3. Screenshot dan hantar bukti larian anda bersama gambar swafoto@selfie atau serta dengan e-bib melalui whatsapp (013 614 1106) . (Anda boleh menggunakan #virtualrunalumni #fitalumni)
Jadi selain kepada warga UMP, orang awam atau rakan-rakan blogger yang inginkan hidup secara fit boleh melalukan pendaftaran segera. Aku sudah daftar dan buat pembayaran dah sudah terima e-bib pun dan akan memulakan larian masa terdekat. Jadi Mohlah! berlari beramai-ramai.


Untuk mengetahui lebih lanjut:
lawati laman web alumniUMP
facebook page: ALUMNI UMP MALAYSIA





2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post