Thursday, 29 March 2018

,

Senarai Peserta Yang Sertai Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2

Senarai Artis Yang Sertai Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2

Hampir setahun Gema Gegar Vaganza Musim Pertama melabuhkan tirai serta menabalkan pemenang pertama iaitu kumpulan UNIC sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi juara. Kini sekali lagi, Astro membawakan Gema Gegar Vanganza untuk musim ke-2 dengar peserta yang lebih hebat.

Untuk GGV2 kali ni, bilangan peserta dikekalkan seperti GGV1 iaitu sebanyak 11 peserta. Yang menarik kali ini, ada artis popular yang turut sertai iaitu Awi Rafael, Ippo Hafiz dan Farah Asyikin. Selain mereka, peserta lain adalah Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani, Fitri Haris dan Adeep Nahar.


Mereka semua akan di adili 100% daripada juri tetap Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi dan seorang juri jemputan yang berlainan setiap minggu. Selain juri yang sama seperti musim pertama, hos juga dikekalkan iaitu Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan hos ke-3 yang baru iaitu Fakhrul UNIC.

GGV2 akan bersiaran langsung selama 7 minggu pada setiap sabtu bermula 31 Mac ini di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada jam 9 malam. Jadi peserta manakah yang akan menjadi pesaing utama pada kali ini? Dan pencabar manakah akan memenangi wang tuan RM100,000 untuk musim ke-2 ini. Penasyid evergreen sudah tentu menjadi pilihan peribadi, In Team?  Brothers? Mastika?
Share:

2 comments:

  1. Ramai juga peserta yang best. :)

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete