Wanita Disanjungi Di Dalam Islam

Wanita Disanjungi Di Dalam Islam
sumber:smartbah.com

Hari Wanita Sedunia di sambut pada 8 Mac pada setiap tahun. Hari Wanita Sedunia adalah hari penghargaaan kepada wanita di atas pencapaian mereka di setiap bahagian yang diceburi mereka, sama ada dari kebangsaan, etnik, bahasa, budaya, ekonomi atau politik. Ia bukanlah hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri tetapi sekadar hari untuk penghargaan kepada kaum Hawa.

Sebenarnya Islam amat menyanjungi dan menghormati wanita. Jika sekarang sudah tersebar luas dengan aliran faminisme yang meminta hak sama rata untuk lelaki dan wanita, sebenarnya Islam telah pun mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki. Di sini, saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu di mana Islam telah pun mengangkat mereka sebagai wanita, ibu dan isteri pada kedudukannya tersendiri berpandukan Al-Quran dan Hadis. Saya juga berkongsi sebab saya punya ibu, adik beradik wanita dan belum punyai isteri.

Wanita

1.  Kedudukan wanita sebagai saudara bagi lelaki
Sabda nabi: "Sesungguhnya wanita itu saudara bagi lelaki" - Riwayat Ahmad
2.  Amalan lelaki dan wanita sama-sama bernilai di sisi Allah
"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan" - Surah Ali 'Imran: 195 
3.  Larangan menzalimi wanita dan merampas hak mereka
"Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksaan. Janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya. Kecuali (apabila) mereka melalukan perbuatan keji yang nyata" - Surah An Nisa':19 

Isteri 

1.  Perinta Allah menggauli isteri secara baik
"Bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik" - Surah An Nisa':19
2.  Isteri sama-sama berhak dan bertanggungjawab di samping suami dalam sebuah rumah tangga
"Isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya" - Surah Al Baqarah: 228)

3.  Wasiat Nabi agar berbuat baik kepada para wanita
"Aku berwasiat kepada kalian semua, berbuat baiklah kepada wanita" - Riwayat Muslim 

Ibu 

1.  Perintah Allah agar berbuat baik kepada Ibu Bapa
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan" - Surah Luqman: 14

2.  Allah menyuruh agar berkata-kata penuh sopan santun kepada Ibu Bapa
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)" - Surah Al Isra':23

Jadi disini kita dapat lihat, Islam telah pun mengangkat kedudukan wanita sehingga ada surah An Nisa' (Perempuan) pun. Jadi tidaklah bermakna lelaki itu rendah kedudukannya sekalipun tiada surah khas bagi mereka. Dan lelaki juga janganlah berkecil hati tiada Hari Lelaki Sedunia seperti wanita.

Sebenarnya ada cerita disebalik Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac dan kenapa Hari Lelaki Sedunia tiada. Sebab apa?

Hari Wanita Sedunia sepatutnya disambut pada 6 Mac setiap tahun. Tapi sebab wanita lambat sangat bersiap..  jadi ia disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Dan tahukah anda juga, kita ada Hari Lelaki Sedunia. Namun seperti biasa, dorang selalu lupa tarikh...jadi x payah sambut la. Hahaha

sumber: TanyalahUstaz
 

3/Post a Comment/Comments

  1. Wanita hiasan dunia.. Seindah hiasana adalah wanita solehah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bersyukur jadi wanita walau banyak kekurangannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post