Saturday, 21 April 2018

, ,

Cara Mengawal Muzik Pada Phone Anda Hanya Menggunakan EarPod

Cara Mengawal Muzik Pada Phone Anda Hanya Menggunakan EarPod

Post ini ditulis dan dikongsi kepada pembaca adalah disebabkan aku sendiri yang baru nak guna EarPod secara betul selain hanya dengar muzik semata-mata. Kalau sebelum ni, aku pasang EarPod kat telinga, on spotify, on joox, phone letak atas meja atau katil. Then kalau yang ada premium account, lagu tak best boleh tekan button next pada phone untuk cari lagu lain. Itu yang biasanya aku buat.

Cara Mengawal Muzik Pada Phone Anda Hanya Menggunakan EarPod

Baru-baru ni aku gunakan untuk dengar lagu sambil jogging, dan biasanya aku akan simpan phone aku di dalam jogging belt bag dan sudah tentu kalau aku nak skip atau forward lagu yang aku tak suka, aku kene buka belt bag tersebut. Tetapi tahukah anda dengan hanya menggunakan EarPod sahaja korang boleh skip/forward/pause/play lagu di dalam phone korang.

Fungsi 3-button EarPod

Pada EarPod korang, sebenarnya telah dilengkapi dengan mikrfon untuk membuat panggilan, fungsi remote untuk mengalawal Muzik dan juga banyak lagi (boleh mengawal siri juga). Tapi kali hanya tunjukkan cara mengawal muzik sahaja. Secara menyeluruh, di EarPod akan ada 3 button (B, C, D) dan juga internal mikrofon (A)

Cara Mengawal Muzik Pada Phone Anda Hanya Menggunakan EarPod
sumber gambar

Aplikasi muzim yang aku pernah guna dan berjaya seperti Apple Music, Spotify, Joox dan Deezer. Secara awalnya kalau korang pernah memainkan muzik sebelum ini, jika korang tekan center button, muzik terakhir sebelum ini akan bersambung. Jika belum korang haruslah memulakan secara manual di mana-mana aplikasi muzik. Jadi untuk mengawal playback muzik dengan hanya menggunakan EarPod, korang hafal shortcut sini semua:


Increase playback volume: Press the + button.

Decrease playback volume: Press the – button.

Play or pause a song or video: Press the center button once. Press again to resume playback.

Skip to the next song or chapter: Press the center button twice quickly.

Return to the previous song or chapter: Press the center button three times quickly.

Fast-forward: Press the center button twice quickly and hold.

Rewind: Press the center button three times quickly and hold.


Jadi dengan shortcut ni semua, korang tak perlu lagi nak pegang phone all the time, hanya menggunakan EarPod sahaja. Aku tak dapat pastikan untuk earphone jenis lain. Aku rasa setiap earphone yang mempunyai internal miktrofon, 3 button ( 2 button volume dan center button) boleh menggunakan cara ini.

Jadi kalau korang ada pengalaman menggunakan earphone lain tapi berjaya guna cara ini, boleh kongsikan pengalaman di ruang komen. 
Share:

4 comments:

  1. Was !!! Bagus betul info awak ni yang tidak saya tahu selama ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waah.. suka betul info macamni. Kadang benda macam ni pun kita tak tahu kan. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  3. Wow ada shortcut ya.. baru tau. Thanks for the info!

    ReplyDelete