Cari Dan Selesaikan Masalah Broken Link Di Blog Anda

Cari Dan Selesaikan Masalah Broken Link Di Blog Anda

Masalah Broken Link ni mungkin berlaku pada blog atau laman web kita tanpa kita sedari. Kita mungkin tak perasan pun yang link yang kita kongsi, yang kita bina itu sebenarnya sudah tiada di dunia internet. Masalah ini sebenarnya lebih ditujukan kepada blog aku sendiri. Ini kerana 2 ke 3 minggu sebelum ini, blog aku ni telahpun berlaku pertukaran nama blog daripada helloaiman.com kepada aimanabdullah.com. Jadi secara automatiknya seluruh link yang ada kaitan dengan nama blog lama aku telah tiada atau terpadam dalam enjin pencarian.

Kebiasaanya kalau nak tahu link itu sudah tiada lagi atau rosak, bila korang tekan dia akan keluar PAGE NOT FOUND atau 404 NOT FOUND. Terima kasih empunya blog, kerana berkongsi info ini. Rujukan blog daripada www.cerimak.com.

Selain daripada link itu sudah tiada dan sekali gus tidak dapat di access, ada lagi keburukan lain yang mungkin memberi kesan kepada blog kita, antaranya adalah:
  • Kualiti SEO blog kita menurun
  • Akan mempengaruhi pagerank dan pengindeksan blog melalui enjin pencarian
  • Mungkin blog kita dianggap SPAM oleh enjin pencarian jika terlalu banyak broken link
  • Mungkin pembaca tidak lagi mahu mengunjungi blog kita. Semua link dah broken, apa yang tinggalkan.
Jadi kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana nak cari broken link yang ada diseluruh blog kita dan sekali gus menghidupkan semula atau menyelesaikan masalah tersebut.

Cara mencari atau mengesan broken link

1.   Klik pada Online Broken Link Checker. Tuliskan URL blog korang dan klik "Find Broken Links"


2.   Tunggu sehingga semua broken link dijumpai di blog tersebut.




3.   Pencarian akan lengkap selepas keluarnya Status: Completed! seperti dalam gambar. (Dalam blog aku ada 78 broken link yang seharusnya aku baiki atau lupuskan. Kebanyakkan adalah kerana nama blog lama)


Cara Mengatasi Broken Links yang muncul

1.   Jadi selepas korang dah jumpa semua broken links korang hanya perlu tekan link disebelah broken link tersebut 'url' dan korang akan dibawa ke laman yang mempunyai broken links tersebut.

2. Sebagai contoh, aku ambil link 57 http://www.helloaiman.com/2017/07/harga-runcit-produk-petroleum-6-julai.html. Sebelum tu korang kene copy terlebih dahulu broken link tersebut.

3.   Kemudian korang right click > inspect.

Di laman ini terletaknya broken link tersebut

Akan keluar laman inspection seperti gambar diatas


4.   Kemudian di keyboard, korang tekan CTRL + F (Untuk search) dan CTRL + V (untuk paste broken link tersebut). Di situ, korang akan ditunjukkan dimana terletaknya broken link tersebut, mungkin berada di dalam post atau mungkin berada di ruangkan komen.

Selepas paste, 1 highlighted sentence telah muncul dimana terletaknya broken link tersebut

5.   Jadi disini korang boleh pergi edit blogpost tersebut di Dashboard. Ikutlah sama ada mahu edit atau delete terus. Selesai!

4/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post