Cuba Kali Pertama Samyeang Pizza Dominos

Cuba Kali Pertama Samyeang Pizza Dominos

Selepas mee segera di jajah Korea dengan Samyeang pedas, kali ni mereka kembali lagi, tapi kali ni bukan dengan mee segera tetapi dengan pizza pula.Ya! Dominos Pizza telah mengeluarkan menu baru iaitu Samyeang Beef Pizza, Samyeang Tuna Pizza dan Samyean Chicken Pizza. Tapi sebenarnya takda baru sangat pun, pizza tersebut diperkenalkan pada februari kalau tak silap.

Jadi sejak diperkenalkan, hari ni baru la dapat cuba untuk pertama kali Samyeang Pizza daripada Dominos. Sebenarnya hari-hari biasa boleh je nak beli, tapi bagi menjadi pengguna yang bijak, aku pilih hari selasa untuk order pizza di Dominos. Mungkin ramai dah tahu sebab apa kan, tapi aku nak bagi tahu juga. Ini kerana setiap selasa, pihak Dominos akan buat promosi iaitu 1 pizza personal hanya berharga Rm3.90 dengan cara order online dan take away. Daripada hari puluh ringgit hari biasa, baik aku pilih selasa untuk dapat harga yang murah.

Jadi hari ni aku telah decide untuk beli 2 personal pizza sahaja iaitu Samyeang Chicken dan Samyeang Tuna untuk makan 3 orang. Sebelum tu korang kene tahu, setiap kategori pizza (first class, classic dan favorites) tu ada surcharge kecuali favorites. 

Jadi Chicken RM3.90+RM1.50 + Tuna RM3.90 = RM9.30. Dah boleh rasa menu pizza yang baru
Cuba Kali Pertama Samyeang Pizza Dominos
Samyeang Chicken dan TunaPizza
Cuba Kali Pertama Samyeang Pizza Dominos
Samyeang Chicken
Cuba Kali Pertama Samyeang Pizza Dominos
Samyeang Tuna

Rasa Samyeang Pizza

Aku bukanlah pandai sangat nak komen pasal makanan ni, asal sedap, telan sudah kan. Kalau ramen samyeang terkenal disebabkan pedasnya, jadi samyeang pizza ini juga pedas rasanya. Bagi aku kedua-dua pizza (Chicken dan Tuna) ni tak jauh beza rasanya atau mungkin sebab pedas tu dah halang deria rasa untuk rasa chicken dan tuna kan. Dan sudah tentu, aku suka. Tetapi aku mungkin kurang gemar sikit, ada sebahagian portion pizza tu dibanjiri terlalu banyak sos samyeang tu. Rasa macam togok kicap likat pedas pula. hahaha Tapi serius, Samyeang pizza ni boleh repeat order, mungkin beef pula lepas ni kan. Jadi boleh la cuba rasa bila-bila Samyeang Pizza ni.

Maklumat lanjut atau order online:

8/Post a Comment/Comments

  1. nampak menyelerakan .. knyang tak ,hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau pizza saya memang nak rasa je, bukan nak kenyang. Tapi rasanya personal pizza yg ada 4 slices cukup kenyang untuk seorang makan.

    ReplyDelete
  3. tak try lagi , in shaa Allah bil ada masa nnti bolehlah nak try :)

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Aik murahnya... Nampak sedap,,,teringin nak cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab selasa je murah. hari lain harga biasa

      Delete
  5. Oh baru tau hari Selasa ada diskaun, selalu beli kat Pizza Hut je..Domino jarang sangat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya makan je mana2. asalkan jangan mahal hehe

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post