Dukun: Akhirnya Kita Bertemu, Kini Diluluskan Dan Ditontonkan Di Pawagam

Trivia menarik Dukun

Akhirnya filem Dukun yang katanya telah lama diban atau diharamkan, bakal malah telah mula ditayangkan di panggung wayang secara rasmi pada 5 April. Filem Dukun ini sepatutnya ditayangkan Disember 2006 tetapi tayangan dibatalkan, katanya filem ini diharamkan, ada yang beritahu tidak dapat kebenaran daripada keluarga dan macam-macam lagi. Tetapi menurut sebuah laman twitter filemkita.com memberitahu bahawa filem ini tidak pernah diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem ketika itu. Sebab apa tidak ditayangkan ketika itu? Masih tiada jawapan. Isu tidak ditayangkan pada 2006 itu, ura-ura mengatakan filem ini berdasarkan kisah benar pembunuhan seorang ahli politik, Datuk Mazlan oleh Mona Fendy. Mungkin disebabkan kisah ini, filem ini terpalik dengan pelbagai kontroversi sehingga tidak ditayangkan pada 2006. Jadi selepas 12 tahun filem ini diperam, akhirnya Dukun : Akhirnya Kita Bertemu diluluskan ke panggung wayang. Jadi peminat filem ketika era 90-an pasti gembira dengan tayangkan filem ini dan juga peminat filem tempatan.


Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 April 2018
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Umie Aida, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramlie, Namron, Sofi Jikan
Pengarah: Dain Said

Dukun: Akhirnya Kita Bertemu, Kini Diluluskan Dan Ditontonkan Di Pawagam

Sinopsis

Karim seorang peguam yang nekad mencari anaknya yang hilang, Nadia. Dia kemudian membuat perjanjian dengan seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang bersetuju untuk membantunya. Karim kehilangan segala-galanya selepas tindakannya itu membongkar kisah yang lebih gelap.

Jadi kat sini, aku nak kongsi juga trivia yang menarik berkaitan filem Dukun ni. Betul ke di ban untuk tayangan pada 2006? Jom layan

Dukun: Akhirnya Kita Bertemu, Kini Diluluskan Dan Ditontonkan Di Pawagam

Dukun: Akhirnya Kita Bertemu, Kini Diluluskan Dan Ditontonkan Di Pawagam


Trivia Menarik

  1. Filem Dukun arahan Dain Said ini mengikut Lembaga Penapisan Filem, ianya tidak diharamkan tayangan pada 2006. Malahan filem pertama yang pernah diharamkan tayangan adalah filem Bujang Tua SS (1974) arahan S. Kadarisman terbitan Merdeka Film Productions. Filem itu diharamkan kerana ada unsur-unsur yang menyinggung perasaan golongan yang telah menunaikan fardhu Haji
  2. Sebanyak 8 pelakon perempuan dipanggil uji bakat untuk watak Diana Dahlan dan akhirnya Umie Aida berjaya mendapatkan watak tersebut.
  3. Demi untuk membawa watak penting sebagai Diana Dahlan, Umie Aida mendapatkan pandangan daripada Fauziah Nawi.
  4. Umie Aida dikatakan sanggup membela ular bagi mengenali reptilia itu sebagai pembelajaran dan usaha menghayati watak penting bernama Diana Dahlan yang menggunakan ilmu hitam.
  5. Filem ini katanya seakan penceritaan kisah benar pembunuhan oleh Mona Fendy, tetapi tiada watak bernama Mona Fandey dalam filem ini. Diana Dahlan ialah dukun Batak dari Indonesia.
  6. Sebelum secara rasmi dipertontonkan di pawagam, telah tersebar leaked version Dukun selama 1 jam lebih dan juga versi beberapa minit pada tahun 2011
  7. Antara lokasi terlibat dalam pembikinan filem ini adalah di Penjara Pudu. Di sini sahaja, terdapat 11 babak penting termasuk kelibat Diana yang dipaparkan merangkak seperti labah-labah.
  8. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan, yang juga individu penting yang mengendalikan kes Mona Fendey dipertanggungjawabkan sebagai penasihat manakala skrip ditulis Huzir Sulaiman.


sumber: twiitter filemkita.com, cinema.com, rojakdaily.com

7/Post a Comment/Comments

  1. tak sabar nak tengok cerita ni.. macam seramm

    ReplyDelete
  2. Ha..ha tak berani nak tengok..

    ReplyDelete
  3. Alamak..baca trivia pun dah seram. Tapi takut pulak nak tengok..

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tengok esok..singgah sini lu yer

    ReplyDelete
  5. Kalau umie Aida yg berlakon,mmg tak pernah mengecewakan. Nanti nk tgklah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post