Minggu Sains Negara 2018 Kini Sampai Ke Temerloh, Pahang

Minggu Sains Negara 2018 Kini Sampai Ke Temerloh, Pahang

Minggu Sains Negara kini sudah sampai ke Pahang. Minggu Sains Negara untuk peringkat di Pahang pada tahun 2018 akan berlangsung di daerah koi iaitu daerah Temerloh. Jadi apa itu Minggu Sains Negara?

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif

Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

Turut  diamalkan di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom. Manakala negara seperti India dan Thailand memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.

Daripada website Mosti sendiri iaitu sasaran yang untuk program Minggu Sains Negara ini terdiri dariapda pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar (sekolah/siswazah pusat pengajian tinggi), pendidik, saintis, belia, sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Maklumat Program Minggu Sains Negara Peringkat Pahang

Lokasi : Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang
Tarikh : 6 & 7 April 2018 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9 pagi sehingga 6 petang
Aktiviti : Terdapat banyak aktiviti yang disediakan pada hari tersebut antaranya:
  1. Program STEM TPM
  2. "Discovery Drone" oleh AverageDrone
  3. "Journey Into Space" oleh Dato Dr. Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara
  4. "Meet & Greet" bersama Upin & Ipin
  5. Cabutan Bertuah 
  6. Bersama dengan penampilan istimewa Shuib Sepahtu dan banyak lagi

Minggu Sains Negara 2018 Kini Sampai Ke Temerloh, Pahang

Minggu Sains Negara 2018 Kini Sampai Ke Temerloh, Pahang

Minggu Sains Negara 2018 Kini Sampai Ke Temerloh, Pahang

Sebagai salah seorang warga Temerloh, koi berbesar hati mempromosi program ilmiah seperti ini untuk warga Pahang, Temerloh khususnya dan kepada semua pembaca amnya. Jadi kepada warga Temerloh semua dan sekitarnya boleh datang memeriahkan lagi program ini beramai-ramai. Dengan gag line MOH LA WEH BERINOVASI.


Untuk maklumat lanjut:
facebook : Technology Park Malaysia Corporation
Instagram : @technologyparkmalaysia 
Twitter : @techparkmsia

3/Post a Comment/Comments

  1. menarik ni , bila nak sampai ke kedah pulak>?

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. wahhhh seronok nih
    siapa yang dekat-dekat tu memang rugi kalau tak pergi

    ReplyDelete
  3. Best juga event ni. Syafi suka sains

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post