Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018 | Maka dengan selesainya perasmian penutup bagi acara Sukan Commonwealth Ke-21 yang telah di adakan di Gold Coast Australian, jadi dengan rasminya Sukan Commonwealth Ke-22 telah di umumkan akan di adakan di Birmingham, England pada 2022 iaitu 4 tahun dari sekarang. 




Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018


Sukan Commonwealth kali ni telah diadakan selama 12 hari dan disertai 71 buah negara Commonwealth dengan 275 acara daripada 19 jenis sukan. Malaysia merupakan salah sebuah negara Commonwealth, jadi kontinjen Malaysia telah menyertai hampir 170 acara daripada 16 jenis sukan.

Pada awalnya, Malaysia mensasarkan hanya menjadi 10 pasukan terbaik di temansya suka berprestij kali ni tanpa mengeluarkan berapa jumlah kutipan emas yang bakal dirangkul. Jika melihat temasya sebelum ini pada 2014 yang diadakan di Glasgow, Malaysia mensasarkan 7 emas tetapi hanya mendapat 6 emas sahaja.

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018
Dato Lee Chong Wei merangkul emas selepas mengalahkan pemain no 1 dunia Kidambi Srikanth

Jadi sebentar tadi acara badminton iaitu acara terakhir yang disertai oleh pasukan Malaysia dan mempunyai 2 kontinjen yang menempah tiket bagi merangkul emas. Alhamdulillah, acara terakhir tersebut telah direalisasikan bagi merangkul emas daripada acara perseorang lelaki dan juga regu wanita. Dengan rasminya 2 emas yang dirangkul pada acara terakhir dan pada hari akhir temasya, Malaysia telah merangkul 7 Emas, 5 Perak dan 12 Gangsa iaitu di tempat ke 12 daripada 70 buah negara.

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018

Dengan berakhirnya Sukan Commonwealth Ke-21 kali ini, Malaysia tidak mencapai sasaran untuk menjadi 10 pasukan terbaik. Tetapi bagi mereka, mungkin sudah dibuat yang terbaik untuk temasya kali ini. Mungkin ada beberapa kesilapan yang tidak diduga sepanjang acara. Untuk senarai peserta yang merangkul pingat bagi setiap acara yang disertai, anda boleh lawati website ini.

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018
sumber gambar: mancitymas

Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Malaysia yang telah bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama negara di temasya ke-2 terbesar selepas olimpik untuk tahun 2018 ini. Jadikan Gold Coast tempat mencari pengalaman dan melihat kembali semua kesilapan yang telah dilakukan untuk dibawa bekalan seterusnya di temasya Sukan Asia Jakarta pada Ogos ini. Temasya kali ni bukanlah keputusan yang terbaik selepas program podium dilaksanakan, tetapi tunjuklah sesuatu selepas ini di temasya sukan lain demi lencana di dada. Tahniah Malaysia!


Good bye Gold Coast, Welcome Birmingham 

Pencapaian Kontinjen Malaysia Di Commonwealth Gold Coast 2018

7/Post a Comment/Comments

  1. So proud of them!! #MalaysiaBoleh

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. dapat 12 pun dah bagus. tahniah Malaysia! yay. jemput baca new entri : http://www.azahrahaman.com/2018/04/tips-atasi-bad-request-nuffnang_15.html

    ReplyDelete
  3. tahniah pada mereka. mereka dah buat yg terbaik/ :)

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. ok la dapat top 12 kan..
    hebat atlet malaysia ..

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada semua atlet negara

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada atlit-atlit yang berjaya memenangi pingat.
    Buat yang belum berjaya memperolehi pingat syabas diucapkan cuba lagi next time.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post