Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Review Dan Trivia Filem Ready Player One | Filem yang sedang di tayangkan di panggung wayang sekarang antaranya adalah filem Ready Player One arahan Steven Spielberg. Filem ini katanya membawa nostalgia kepada peminat-peminat video games, ini kerana banyak karekter video games yang muncul di dalam filem ini. Sebelum The Pixel juga telah membawa idea video games ke layar perak tetapi mendapat rating average daripada peminat filem mungkin kerana jalan ceritanya. Tetapi Ready Player One menampilkan aksi dan cerita tersendiri yang telah mendapat reaksi positif daripada peminat filem.



Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, T.J. Miller, Simon Pegg, Mark Rylance, Lena Waithe, Letitia Wright
Pengarah: Steven Spielberg

Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Sinopsis

Apabila pencipta dunia `virtual realiti` yang dipanggil OASIS meninggal dunia, dia telah meriliskan satu video yang mencabar pengguna-pengguna OASIS untuk mencari Easter Egg miliknya, yang mana sesiapa yang jumpa akan diberi harta kekayaannya. Wade Watts telah jumpa klu pertama dan memulakan perlumbaan mencari Easter Egg itu.

Review Ringkas

Pada hujung minggu yang lepas aku berkesempatan untuk menonton filem. Pada awalnya aku tahu filem ini mendapat reaksi positif tapi tak tahu cerita ini tentang apa. Jadi aku pergi ke panggung tanpa tahu apa-apapun berkaitan filem ini kecuali reaksi positif daripada peminat filem. 

Filem ini melibatkan 2 dunia iaitu dunia sebenar sekitar tahun 2045 dan virtual reality. Secara ringkas filem ini lebih kepada suatu pertandingan ala-ala video games. Perlu menyelesaikan beberapa halangan untuk mencapai ke peringkat akhir untuk mendapatkan Easter Egg. Semuanya dilakukan menggunakan VR Box yang kita kenal di Malaysia ni dan bukanlah masuk ke dunia virtual secara betul.

Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Bagi aku jalan ceritanya tidaklah memeningkan dan kita boleh tengok secara santai, sebab yang perlu fikir adalah karakter tersebut bagi menyelesaikan misi untuk mendapatkan Easter Egg. Aku tidak la mengenali secara dalam pelakon-pelakon Holloywood ini, tetapi mereka yang berlakon bagi aku berjaya membawa watak dengan baik; ada watak kelakar, sedih, emotional, semangat. Untuk visual sudah tentu jika di dunia virtual akan menggunakan efek CGI dan disitu tiada masalah kerana bukanlah di dunia sebenar dan muzik juga sedap la didengar.

Bahagian yang paling aku teruja adalah dengan kemunculan beberapa watak video games yang membawa nostalgia seperti Gundam, iron giant, halo dan banyak lagi. Kemunculan watak-watak ini juga begitu dramatik terutamanya watak Gundam. Susah untuk digambarkan, korang kene tengok sendiri la.

Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Review Dan Trivia Filem Ready Player One

Trivia Menarik

  1. Dalam satu wawancara, pengarah Steven Spielberg memberi tahu filem Ready Player One merupakan filem ketiga yang sudah untuk dihasilkan selepas filem Jaws dan Saving Private Ryan.
  2. Selain daripada Bigfoot, Delorean dan kenderaan Akira yang jelas ketara, terdapat kenderaan lain yang berlumba dalam perlumbaan tersebut seperti Mach 5, Batmobile, Pasukan van, V8 Interceptor, dan Christine. Wooo aku baru tahu.
  3. Zemeckis Cube diberi nama sempena pengarah Robert Zemeckis. Apabila kiub itu diaktifkan, muzik daripada trilogi Back To The Future (1985) akan dimainkan.
  4. The Holy Hand Grenade yang digunakan dalam pertarungan terakhir tersebut adalah callback the Holy Hand Grenade of Antioch daripada filem Monty Python and the Holy Grail (1975).
  5. Oasis sebenarnya adalah akronim. Ia bermaksud Ontologically Anthropocentric Sensory Immersive Simulation atau Simulasi Sensor Antroposentrik Secara Ontologi. Ini disebut dalam novel sumber Ernest Cline tetapi tidak disebutkan dalam filem ini.
  6. Filem ini sebenarnya dijadualkan akan ditayangkan pada 15 Disember 2017. Tetapi terpaksa ditukar kepada 30 Mac 2018 untuk mengelakkan persaingan dengan Star Wars: The Last Jedi
  7. Ini merupakan filem arahan Steven Spielberg yang ke-33.
  8. Semasa adegan di dalam kedai, di latar belakang korang boleh nampak flying RV daripada Spaceballs dan juga Ripley's mech suit daripada filem Aliens.
  9. Antara watak filem 1980-an dan 1990-an yang muncul di dalam filem ini iailah Iron Giant (1999), TRON (1982), Akira (1988), Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001) Back To The Future (1985), A Nightmare di Jalan Elm (1984), Tomb Raider (1996), dan Duke Nukem (1991).


Rating IMDB : 7.9/10
Rating AIMAN : 7.9/10

sumber: IMDB, cinema.com.my

6/Post a Comment/Comments

  1. Wow..kalau Steven Spielberg yang buat mesti best. Kena bagitau husband ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. banyak sangat cerita dia buat sebelum ni yang best mcm jurassic park, ET, AI kan. kene tengok hehe

      Delete
  2. Saya baru pergi tengok filem ni tadi. Best!! Paling teruja tengok cara Watt dapatkan kunci pertama. Yang reverse ke belakang tu. Movie ni best cuma saya tak review sebab tak tahu nak cakap camne. Hihi. Nice review :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukan pandai nak review movie ni, sekadar perkongsian apa yang saya rasa je. cuba dulu, lama-lama biasa la nanti kan. kot boleh tukar niche blog kan. the best part for me of coz kemunculan Gundam. hehe

      Delete
  3. kalau filem steven spielberg yang arahkan , memang kena tgok. tak boleh miss ni... :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. wauuu menarik ni.. nnti nk tngok lah.. tq for sharing :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post