Tarikh-Tarikh Penting Untuk Pilihanraya Umum ke-14 2018

Tarikh-Tarikh Penting Untuk Pilihanraya Umum ke-14 2018

Tarikh-Tarikh Penting Untuk Pilihanraya Umum ke-14 2018 | Sebentar tadi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR telah mengumumkan tarikh-tarikh penting yang akan berlaku selepas pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri pada 7 April 2018 pada hari sabtu baru-baru ini.

SPR telah mendapat persetujuan Yang di-pertuan Agong sebelum mengumumkan kepada pihak media dan orang ramai. Jadi di sini aku sertakan tarikh-tarikh penting sempena pilihanraya umum ke-14 bagi tahun 2018.

Tarikh Keluar Writ: 11 April 2018 (Rabu)
Tarikh Penamaan Calon: 28 April 2018 (Sabtu)
Tempoh Berkempen: 11 Hari Sahaja
Tarikh Undi Awal: 5 Mei 2018 (Sabtu)
Tarikh Pengundian: 9 Mei 2018 (Rabu)

Secara logiknya pasti pada hari Rabu itu merupakan hari cuti khas untuk proses pengundian. Aku hanya ada pengalaman buang undi pada hari ahad iaitu pada pilihanraya ke-13 lepas. Jadi pandai-pandai la atur untuk hari cuti tersebut dan usahakan untuk turun mengundi. Sekali 5 tahun je kan. Undilah dengan bijak!!

Sebelum turun mengundi, pastikan korang tahu dimana lokasi tempat pengundian. Nanti takda la salah tempat kan. Kat situ juga korang boleh semak lokasi pengundian, kawasan DUN dan Parlimen korang. Boleh semak di laman web SPR atau di aplikasi SPR.

Semakan Daftar Pemilih

Laman web: https://pengundi.spr.gov.my/
Melalui Aplikasi: Android dan iOS


Sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di pautan http://spr.gov.my atau sila hubungi talian 03-8892 7000

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post