Monday, 7 May 2018

,

Hari Hol Di Sambut Setiap Tahun Bagi Negeri Pahang

Hari Hol Di Sambut Setiap Tahun Bagi Negeri Pahang

Hari Hol Di Sambut Setiap Tahun Bagi Negeri Pahang | Apa itu Hari Hol? Menurut Kamus Dewan, definisi Hol bermaksud kenduri arwah yang di adakan pada tarikh 7 Mei setiap tahun. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja negeri ini.

Selain Pahang, sebuah lagi negeri yang turut mempunyai Hari Hol adalah Johor yang disambut pada setiap 22 November. 

Hari Hol Di Sambut Setiap Tahun Bagi Negeri Pahang

Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang ke-4, Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mutassim Billah yang mangkat pada 7 Mei 1974 iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini.

Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua jabatan kerajaan negeri dan swasta di arah bercuti selama sehari. Hari Hol ini bertujuan membolehkan majlis tahlil dan bacaan Yassin diadakan untuk memperingati kerajabat diraja negeri Pahang.

Hari Hol Di Sambut Setiap Tahun Bagi Negeri Pahang
Tengku Abdullah lawat Makam Diraja sempena Hari Hol 

Kebiasaannya pada hari itu, keluarga diraja Pahang dan rakyat akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin di Makam DiRaja Pekan selain di masjid serta surau di seluruh negeri ini. Namum bagi sesetengah masyarakat Islam di negeri ini, walaupun Hari Hol disambut oleh golongan diraja, mereka juga menyambutnya dengan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin bagi memperingati ibu bapa atau keluarga yang telah pergi.

Share:

4 comments:

  1. Ok!!! baru akak faham apa itu hari hol... adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpa. saling berkongsikan

      Delete
  2. Selama ni..xtau hari hol tu apa..thanks sharing

    ReplyDelete