Kenali Apa itu Hoarding Disorder?

Kenali Apa itu Hoarding Disorder

Kenali Apa itu Hoarding Disorder | Blogpost kali ni aku ingin kongsi berkaitan dengan “Hoarding Disorder” yang baru baca yang dikongsi oleh seorang penolong psikologis di laman twitternya iaitu saudara Aiman. Amat menarik minat bila aku baca kerana disorder ini benar wujud dan aku rasa aku sedikit pada diri sendiri tapi tak teruk la hahaha

Perkongsian ini diambil daripada thread yang dibuat sendiri oleh saudara aiman di laman twitternya. Jom kita kenal apa itu Hoarding Disorder?

Apa itu Hoarding Disoder?

Hoarding Disoder adalah kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang. Nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ni parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD dan sebagainya.

Penghidap Hoarding Disorder atau HD, atau kita panggil Hoarders, ada satu masalah untuk lepaskan barang milikan dia, sayang nak let go walaupun tak ada apa-apa nilai pun. Sampai tahap, buku belajar waktu dia sekolah rendah pun dia still simpan. Padahal dia dah ada anak dua pun.


Hoarders ada dua jenis:

  1. Dia simpan semua barang (buku, magazine, kotak dan lain-lain)
  2. Hoarders yang spesifik barang je dia simpan. Bukan macam The Collectors Avengers tu, tu barang ada value.

Ni dia simpan benda tak ada nilai macam bekas minyak wangi, atas alasan sayang nak buang.

Nak kenal Hoarder ni, ada beberapa karakter:


1.   Semua benda dia simpan, sampai tahap sos McD pun dia kumpul. Atas alasan, nanti ada nak pakai sos (sedangkan setiap kali makan, tak sentuh pun sos McD tadi tu)
Prinsip dia,
“Manalah tahu, nanti ada nak pakai bila-bila.”

2.   Sebab dia simpan semua benda, rumah dia jadi serabut gila. Penuh barang atas lantai disusun, tepi tangga, bawah meja dan tempat-tempat lain.
Hoarder ni biasanya tak rasa tenang duduk dalam rumah sendiri dan rasa panas, tapi dia sendiri tak tahu kenapa.

3.   Hoarder pantang gila orang alih atau buang barang dia tanpa izin, kalau dia dapat tahu.
(Walaupun benda tu dah berhabuk dan tak pakai lebih 3 tahun)
Tapi kalau senyap-senyap orang buang, dia tak marah sebab tak perasan, plus memang dia tak pakai langsung pun barang tu.

Kenapa Hoarding Disorder ni perlu dirawat?


Sebab ia sejenis penyakit mental yang serius dan ramai tak tahu. Especially orang Melayu kita ada pepatah “Membazir tu amalan syaitan.” So tak boleh buang barang. Simpan berhabuk berkulat, tak dikira membazir pula. Baik sedekah je.

Hoarder akan ada satu rasa keserabutan dalam hidup dia, jadi tak tenang, mudah marah, rasa mental dia tak clean, sama macam rumah dia. Bila kita clearkan hidup daripada barang yang tak pakai, kita juga sebenarnya clearkan kekotoran mental kita.
We declutter our mind as well.
Sebab tu, perasan tak, bila kita let go barang-barang yang masih elok tapi tak pakai, kita sedekah, clearkan almari semua, walaupun rasa berat, Kita rasa tenang gila, lapang dan bahagia. Sebab kita baru je bersihkan mental kita sambil bersedekah pada orang yang memerlukan.

Kenali Apa itu Hoarding Disorder


Hoarder juga perlu dirawat sebab benda ni akan affect orang sekeliling dia. Kau bayangkan hidup bersama seseorang yang simpan semua benda, yang kita dah boleh anggap tu sampah. Pen dah habis dakwat, plastik pembalut hadiah, resit yang dah berkulat, buku latihan zaman belajar.

Reason lain kenapa Hoarders perlu dapatkan rawatan secepat mungkin, sebab barang dia yang terlalu banyak akan menyusahkan ahli keluarga dia bila dia meninggal nanti. Kebumi hanya boleh bawa kain kapan je, tapi barang dia penuh kotak, debu, kertas tu, akan susahkan keluarga.
Clear space around our home is a sign of clear mind and clarity in our mental.
Perasan tak bila kita travel pergi duduk hotel contohnya, kita rasa seronok gila dan tenang kat bilik hotel. Sebab kita cuma bawa barang yang kita PERLU je, tapi kita still survive je kan? Perasaan lapang macam duduk bilik hotel tu lah yang kita nak ada hari-hari dalam hidup kita bila balik rumah.

Selagi mana kita nak simpan semua benda yang dah tak pakai, selagi itulah benda tu macam “tahi” kat otak kita. Coklat, melekat dan meleleh kat dalam minda. Kotor.


Macam mana nak rawat Hoarding Disorder?


1.   Aku(aiman) lebih suggest jumpa Clinical Psychologist daripada Psychiatrist. Sebab isu ni lebih kepada behaviour dan lebih berkesan dengan psikoterapi berbanding perubatan. Tapi tak semestinya. Kena tengok penilaian penyakit tu juga. Bukan semua Hoarders itu sudah membawa kepada HD. Dia jadi penyakit bila benda ni menganggu fungsi kehidupan seseorang. Sebab itu namanya Disorder. Tapi tak salah untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ubati kan? 

Pilih sehari untuk overhaul bilik sendiri. Kemas semua barang dan pilih mana yang kita nak guna je. Mana-mana yang lebih 4-6 bulan still tak dipakai, maksudnya kita dah tak perlu benda tu. Nak buang memang mencabar, so kita trick la minda kita, pergi sedekah. So tu tak membazir

Kenali Apa itu Hoarding Disorder


2.   Biasakan diri untuk bersederhana. Jangan ikut nafsu semua benda nak beli, tapi ikut keperluan.
Remember this concept,
“Kalau aku beli satu baju baru, aku kena let go satu baju lama daripada almari aku.”
Biar input dan output wardrobe kita seimbang


3.   Letak kenangan tu pada hati, bukan pada barang. Aku tahu sayang nak buang semua tu. Aku dulu macam tu juga. Tapi fikir pada keluarga nanti kita dah meninggal. Kesian dorang nak kena kemas.
Throwing away your things does not mean throwing away your identity or memory.
4.   Start small then big. Takut terkejut tiba-tiba buang banyak, nanti relapse balik. Means, try kemas almari dulu. Lepaskan baju dah tak pakai. Nanti bila rasa seronok tu timbul, baru pulun buat drastik. Sebab our mind need that sudden peace and feeling spacey.


5.   Jumpa psikologis, of course. Not me, sebab I’m an Assisstant je. Antara rawatan dia ialah Psikoterapi such as Cognitive Behavioural Therapy. Teknik untuk bantu kita ubah mindset / thinking pattern. So nanti tindakan kita pun akan turut sama berubah.

It works!!!


6.    Yang PALING PENTING! Penghidap HD perlulah ada rasa nak rawat mental dia. Sebab kita tak dapat ubah orang yang tak nak berubah. Dan ini lah cabaran paling besar. Sebab penghidap HD ini tak nampak apa yang dia buat ialah sejenis penyakit/masalah pada dia.


sumber: twitter aiman


4/Post a Comment/Comments

  1. Kdg2 terasa syg nk buang baju2 lama yg masih elok. Tp akhirnya kena lelong gak... Nanti x muat almari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelong lagi baguskan. at least ada juga hasil daripada simpan kan

      Delete
  2. Aduhai sebenarnya kita sendiri kesian dengan diorang, even rasa nak marah pun tak sampai hati sebab kita tak rasa apa yang dia rasa. Setakat ni alhamdulillah, family dengan kawan-kawan sekeliling semua ok, takde sorang pun menghidap HD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kadang2 kita mungkin boleh cakap sebab kita tak rasa. doa yang baik2 aja la kan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post