Sunday, 6 May 2018

Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2018

OSHday 2018

Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2018 | Pada 5 Mei yang lepas telah di adakan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2018 di Chenor, Maran. Acara ini merupakan acara tahunan yang disambut pada 28 April setiap tahun di seluruh dunia dan ianya bermula sejak tahun 2003 yang membawa tema Generasi Selamat dan Sihat (Generation Safe and Healthy).

Seperti yang telah ditetapkan oleh International Labour Organization, acara ini di sambut bertujuan bagi memperingati mangsa kemalangan industri dan penyakit pekerjaan di seluruh dunia. Majlis sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja ini juga telah menjadi salah satu agenda tahunan bagi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).

Pada tahun 2018 ini, majlis sambutan akan diadakan pada tarikh 5 Mei 2018 di Dewan Arena Chenor, Maran, Pahang dengan kerjasama JKKP Pahang, PERKESO dan NIOSH dan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Jadi pada tahun ini, aku berkesempatan untuk menghadiri sambutan ini untuk buat kali pertama. Sebagai future Safety Officer ataupun Safety Practitioner, dengan adanya acara ini, serba sedikit memberi pendedahan apa itu keselamatan & kesihatan pekerjaan dan juga dapat mengenali beberapa orang penting di dalam bidang safety ini.  

Pada hari tersebut juga, aku dapat kenal orang kuat Petro Safety Training and Consultancy atau PSTC iaitu En. Nizam Mohd Isa beserta staff-staff mereka.

OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018

Pada hari tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi pengunjung yang hadir antaranya:
  1. SEMINAR JOM SIHAT;LIGA PENALTI;
  2. OSH FUN RIDE;
  3. SUPERBIKE SHOW;
  4. CERAMAH GENERASI SELAMAT DAN SIHAT;
  5. PERKONGSIAN ORANG TERBENCANA;
  6. PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT DAN SERVIS MOTORSIKAL;
  7. SPOT THE HAZARD;
  8. PEMERIKSAAN KESIHATAN & KEMPEN DERMA DARAH;
  9. PAMERAN AGENSI/JABATAN/NGO’s;
  10. CABUTAN BERTUAH; dan
  11. PEMBERIAN GOODIES
OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018

OSHday 2018


Sumbe: dosh.gov.my
Share:

0 comments:

Post a Comment