Wednesday, 20 June 2018

, ,

Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018

Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018

Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018 | Bulan Jun merupakan bulan World Cup atau Piala Dunia bagi tahun 2018 ini. Edisi ke-21 kali ini diadakan di negara Rusia sebagai tuan rumah. Bagi peminat bola sepak semua terutamanya di Malaysia, korang boleh dapatkan jadual penuh perlawanan waktu Malaysia disini.

Hari ini telah berakhirnya perlawanan pertama peringkat kumpulan bagi 8 kumpulan iaitu kumpulan A sehingga H. Jadi sebelum pelawanan seterusnya belangsung, aku nak kongsikan beberapa trivia atau fakta menarik Piala Dunia Rusia 2018 ini. Juga aku kongsikan trivia ringkas selama seminggu atau perlawanan pertama telah berlangsung. Jom baca!

Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018


Trivia Menarik World Cup Russi 2018


  1. 2 pasukan bola sepak negara yang buat pertama kalinya layak ke Piala Dunia kali ini iaitu Iceland dan juga Panama.
  2. Brazil satu-satunya pasukan bola sepak negara yang pernah bermain di setiap Piala Dunia sebelum ini sehingga edisi kali ini, edisi ke-21.
  3. Tuan rumah iaitu Rusia merupakan ranking yang paling rendah antara 32 pasukan yang bertanding iaitu tangga ke 65.
  4. 61.5% daripada pasukan pialah dunia Morocco dilahirkan di luar negara.
  5. Seramai 165 pemain yang bermain di EPL berjaya mewakili negara masing-masing di piala dunia kali ini.
  6. Piala Dunia Rusia 2018 kali ini merupakan piala dunia yang pertama yang menggunakan khidmat Video Assistant Referee, VAR.
  7. Brazil merupakan pasukan yang terbanyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali. 
  8. 6 pasukan bola sepak negara telah memenangi Piala Dunia ketika menjadi tuan rumah ketika itu iaitu Uruguay (1930), Italy (1934), England (1966), West Germany (1974), Argentina (1978) dan France (1998)  
Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018
France pasukan terakhir yang memenangi Piala Dunia di laman sendiri iaitu pada tahun 1998

Trivia World Cup 2018 Sehingga Perlawanan Pertama Peringkat Kumpulan


  1. Penalti Antoine Griezman merupakan gol pertama yang dijaringkan hasil daripada campur tangan Video Assistant Referee, VAR.
  2. Jeman menjadi pasukan ketiga bekas juara tahun sebelum itu kalah pada perlawanan pembukaan selepas Perancis, 2002 dan Sepanyol, 2014.
  3. 9 sepakan penalti telah dihadiahkan oleh pengadil setakat ini dan 2 daripadanya tidak berjaya dijaringkan iaitu Cueva dan Messi.
Fakta Trivia Menarik Sempena World Cup Russia 2018
Antoine Griezman berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti

Share:

0 comments:

Post a Comment