Tuesday, 26 June 2018

, ,

Pertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD Yang Kini Sudah Kembali

 Pertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD Yang Kini Sudah Kembali

Musim raya ni sudah tentu kebanyakkan kita akan menikmati juadah yang bertemakan hari raya. Contoh seperti kuih-kuih raya, lemang, lontong, nasi impit dan kuah kacang dan bermacam lagi. Ya, juadah ini hanya ada di Malaysia. Sedap semuanya. Macam aku, hampir 3 hari aku tak jumpa nasi putih sebab menikmati juadah-juadah raya semua tu. 

Jadi hampir 3-4 hari selepas 1 syawal, aku decide aku nak cari makanan yang lain atau 'pelik' sikit dan aku dapat tahu tengah viral katanya McDonald's ada keluarkan menu baru untuk Mcflurry iaitu Mcflurry Durian D24. Perghh juada yang agak lain dihari raya ni. Katanya Mcflurry Durian ini pernah suatu masa telah dikeluarkan oleh McDonald's tahun sebelum ini dan sudah tentu mendapat sambutan yang menggalakkan. Jadi mungkin sebab tu, McD sekali lagi melepaskan Mcflurry beperisa durian. Kali ni merupakan pertama kali aku rasa Mcflurry ni. Rasa macam mana, meh aku review ringkas sikit

Review Ringkas Mcflurry Durian D24 McDonald's


Secara asasnya jika korang beli Mcflurry, korang takkan terlepas dengan aiskrim vanila cumanya campurannya berbeza.  Jika Mcflurry original McDonald's adalah Mcflurry Orea, jadinya aiskrim vanila berserta campuran biskut oreo. Ya, ianya sedap dan boleh repeat!

 Pertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD Yang Kini Sudah Kembali
sumber

Jadi untuk menu Mcflurry Durian ini sudah tentunya campuran aiskrim vanila dan isi durian D24 seperti yang dipaparkan di iklan. Sebelum aku beli Mcflurry ni aku ada tengok perkongsian daripada rakan twitter, katanya Mcflurry Durian kali ni berbeza rasanya (rasa durian sebenar) dengan tahun sebelum ini kerana durian yang digunakan rasanya tidak seperti durian sebenar tetapi seperti rasa keropok durian (plastik oren). Jadi selepas aku rasa sendiri, ternyata betul, rasanya seperti keropok durian tersebut. Tetapi dengan harga RM7.99, aku dapat rasakan ada isi durian dalam tu. Ok lah 

Bagi aku rasanya masih sedap walaupun tidak rasa seperti durian sebenar D24. Rasanya tidaklah pelik, sedap dan boleh diterima tetapi mungkin agak pricey. Jadi untuk aku, Mcflurry Durian ni boleh repeat!! (tapi mahal la...)

 Pertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD Yang Kini Sudah Kembali Pertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD Yang Kini Sudah Kembali



Share:

2 comments:

  1. wow... cam sedap jer nampak Mcflurry Durian ni... leh cuba ni... akk pun blm pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. tapi tak boleh lwn rasa durian yg betul2 durian haha.. baru siang tadi je makan durian..

    ReplyDelete