Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12

Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12

Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12 | Akhirnya selepas beberapa bulan khabar angin bahkan mungkin bermula beberapa tahun yang lalu, Supercell telah memperkenalkan secara rasmi Town Hall 12 di dalam pemainan Clash Of Clans dan sudah tentu update terbaru ini antara yang dinantikan oleh peminat setia permainan tersebut.


Sebenarnya masih ramai lagi pemain yang setia dengan permainan strategi COC ini, sebab itu pihak pembangun Supercell masih bekerja bagi memberi lebih perhatian dan membawa beberapa perkara menarik setiap masa kepada Clash Of Clans yang masa dahulu pernah menjadi permainan online no 1 di dunia.

Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12

Selain daripada Town Hall 12 ini, pihak Supercell juga memperkenalkan update lain yang agak drastik bagi aku seperti memperkenalkan troop baru, army building baru, harga baru dan macam-macam lagi. Jadi kat sini aku akan kongsikan kepada semua peminat dan pemain Clash Of Clans yang setia tentang apa update terbaru:

Update Utama



  1. Kemunculan Town Hall 12. Town Hall kali ni berbeza dengan Town Hall 11 dan kebawah kerana Town Hall 12 merupakan bangunan petahanan yang erti kata lain, dia mampu untuk mempertahankan diri dengan mengeluarkan petir sama seperti Hidden Tesla yang dinamakan Giga Tesla. Selain daripada itu, Giga Tesla boleh diupgrade sehingga ke level 5 dengan lebih kuasa. Akhirnya, jika Town Hall itu meletup, sekali gus akan memberi kesan kepada troops yang berdekatan sama seperti Bomb Tower.
  2. Diperkenalkan troop terbaru dan terkuat di Clash Of Clans iaitu Electro Dragon. Anda boleh dapatkan troops terbaru ini bemula di Town Hall 11 lagi. Electro Dragon akan mengeluarkan petir dan menyerang askar darat dan udara sehingga 5 target. Selain daripada itu, jika Electo Dragon mati, akan dilepaskan sebuah tenaga letupan sekali gus akan memberi kesan kepada kawasan sekeliling sama seperti TH12 atau Bomb Tower. Jadi sudah ada 3 jenis naga iaitu Baby Dragon, Dragon dan Electro Dragon.
  3. Bangunan terbaru iaitu Siege Workshop dan Siege Machines. Secara ringkasnya, Siege Machines ini merupakan kenderaan untuk Clan Castle. Siege Machines akan membawa troops yang diberi oleh rakan clans kepada target yang kita mahu dan sudah tentu target adalah Town Hall. Siege Machines boleh befungsi sama ada melalui darat ataupun udara.

Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12
Electro Dragon bermula di Town Hall 11

Update Sampingan

Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12

  1. Level baru bangunan untuk Town Hall 12
    1. Elixir Storage level 13
    2. Gold Storage level 13
    3. Dark Elixir Storage level 7
    4. Defenses
    5. Cannon level 16
    6. Archer tower level 16
    7. Mortar level 11
    8. Air Defense level 10
    9. Wizard Tower level 11
    10. Bomb Tower level 7
    11. X-Bow level 6
    12. Hidden Tesla level 10
    13. Inferno Tower level 6
    14. Eagle Artillery level 3
    15. Walls level 13 (100x biji)
    16. Clan Castle level 8 (+5 housing increase)
    17. Laboratory level 10
    18. Army Camp level 10 (+5 housing increase each)
  2. Level baru untuk Troops
    1. Barbarian level 8
    2. Archer level 8
    3. Giant level 9
    4. Wall Breaker level 8
    5. Balloon level 8
    6. Wizard level 9
    7. Dragon level 7
    8. P.E.K.K.A level 8
    9. Minion level 8
    10. Hogrider level 8
    11. Valkyrie level 7
    12. Golem level 8
    13. Witch level 4
    14. Lava Hound level 5
    15. Bowler level 4
    16. Baby Dragon level 6
    17. Miner level 6
  3. Bole tukar nama village lebih dari sekali tetapi dengan harga 500 gems
  4. Leader clan mesti lantik leader baru sebelum tinggalkan clan
  5. Tidurkan troops Clan Castle anda. Jika anda tidak mahu troops di dalam Clan Castle anda kelua ketiga village anda diserang, anda boleh tidurkan mereka.
  6. Anda boleh tiru atau copy layout base antara clan anda dengan hanya menekan 1 butang.
  7. Mengurankan harga walls. (Mungkin disebabkan GST dah sifar kot)
  8. Star Bonus Reward meningkat. Menjadikan anda lebih kaya
  9. Nak upgade Town Hall, anda mestilah membeli semua defence dan bangunan terlebih dahulu.
  10. Perubahan daripada power bagi setiap serangan troops, spell dan defence.
Update Terbaru Clash Of Clans Perkenal Town Hall 12
Siege Workshop & Siege Machines

Jadi ini la yang aku boleh ringkaskan beberapa item yang penting di dalam update terbaru sempena perkenalan Town Hall 12. Anda boleh lihat lebih details di clashofclans ataupun gottabemobile. Aku sebagai pemain yang masih setia dengan Clash Of Clans sehingga sekarang walaupun kadang-kadang on off juga. Skill war mungkin dah semakin hilang, hanya mampu FWA sahaja. Apa-apapun aku harap dapat la update ke Town Hall 12 ni nanti. Kalau ada masa nak on COC selalu la kan.



sumber:clashofclans.com / gottabemobile.com / clashofclans.wikia.com

4/Post a Comment/Comments

  1. wahhh dah ada update terbaru. Dulu main tapi stop sebab makan space banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. makin lama makin besar. tapi saya pun main kadang2 je sekarang ni. on off

      Delete
  2. best update baru ni? haha sbb tak pernah main sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la best la juga. ada benda baru kan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post