Monday, 27 August 2018

,

Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online

Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online


Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online | Pada 2017 yang lepas, setiap tol di Malaysia akhirnya tidak lagi menerima bayaran secara tunai sebaliknya hanya menerima pembayaran elektronik dengan menggunakan Touch 'N Go dan juga SmartTAG. Jadi bagi pengguna lebuh raya selepas itu, mereka hanya perlu topup kad Touch 'N Go mereka jika ingin meneruskan perjalan yang melalui lebuhraya.

Dengan bayaran secara elektronik sepenuhnya diperkenalkan, jadi setiap pengguna lebuhraya wajib memiliki kad Touch N' Go untuk buat bayaran. Mungkin dengan cara bayaran ini memiliki kebaikkan dan keburukkan tersendiri. Apa akan jadi, kalau tiba-tiba kad tersebut sebenarnya tidak cukup jumlah untuk buat bayaran? Di plaza tol sendiri, bukan semua kaunter yang ada untuk membuat penambahan jumlah atau topup tetapi kebiasaanya hanya 1 atau 2 tol sahaja yang disediakan untuk topup. Jadi bagaimana kita nak tahu berapa jumlah duit yang ada di dalam kad Touch 'N Go kita? Jom aku tunjuk 2 cara untuk semak baki bagi Touch 'N Go secara online di mana sahaja

2 cara semak bagi kad Touch 'N Go

Cara Pertama

  1. Lawati website Touch 'N Go disini https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login
  2. Daftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di 'Register Here Now'
  3. Seterusnya ikuti arahan yang diberi untuk isikan maklumat diri
  4. Kemudian akan diminta 'card serial number' untuk masukkan kad anda di dalam sistem. Bagi pengguna yang menggunakan kad Touch 'N Go, serial number ada di belakang kad tetapi bagi pengguna yang menggunakan kad pengenalan, anda boleh boleh dapatkan serial number di resit topup anda seperti gambar di bawah.
  5. Jadi selepas ni anda boleh semak dahulu baki kad anda sebelum teruskan perjalanan. Kalau tak cukup boleh la topup dahulu kan.

Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online

Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online
Contoh maklumat di tunjukkan

Cara Kedua

Jika cara pertama anda perlu melayari laman web, tetapi sekarang pihak Touch 'N Go telah mengeluarkan 1 aplikasi untuk kita semak baki yang sudah tentunya menjadi lebih mudah dengan hanya menggunakan smaartphone anda sahaja.

  1. Download aplikasi Touch 'N Go e-wallet di Appstore dan Playstore
  2. Daftar pengguna baru di aplikasi tersebut seperti arahan yang diberi
  3. Bila selesai, tekan TNG Card untuk daftarkan kad Touch 'N Go anda sama seperti cara pertama di atas (serial number di belakang kad atau serial number di resit topup anda) 
Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara OnlineCara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online

Cara Semak Baki Touch 'N Go Secara OnlineCara Semak Baki Touch 'N Go Secara Online

Harap dengan 2 cara ini, memberi kita manfaat sebagai pengguna. Tetapi malangnya cara ini tidak disediakan khidmat topup ke kad anda secara online, sebaliknya kita hanya boleh topup di plaza tol atau ditempat-tempat yang disediakan seperti didalam senarai ini. Jadi saya harap pihak Touch 'N Go boleh sediakan khidmat topup secara online pada masa akan datang. Ianya sudah tentu menjadi lebih senang kepada pengguna lebuhraya.
Share:

2 comments:

  1. wow canggih skrng. blh tngk online siap ade apps. tapi kalo mesin yang lama tu bleh terus tengok baki kan ?

    ReplyDelete
  2. Bagus bila semuanya dihujung jari..

    ReplyDelete