Friday, 7 September 2018

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik | Sudah hapir seminggu mahasiswa baru berdaftar di Universiti tempatan terutamanya universiti awam. Ada juga rakanku yang masuk ke alam Ijazah selepas tamatkan peringkat Diploma awal tahun ini. Ramai juga saudara yang baru lepasan Matrikulasi dan berjaya sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Ijazah

Sebagai mahasiswa baru atau pelajar baru yang baru masuk ke alam universiti, tidak boleh tidak mereka akan melalui semua proses pembelajaran yang hampir sama di peringkat universiti seperti contoh, pelajar akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi di sini akan timbul perbezaan jika perbezaan kursus. Selama aku jadi pelajar, yang pasti pelajar akan melalui salah satunya adalah presentation dengan menggunakan microsoft powerpoint. Semua pelajar terutamanya pelajar universiti akan merasa pengalaman presentation tidak kira sama ada di depan kelas, dewan kuliah, di khalayak ramai dan sebagainya. Jadi entry kali ni, aku nak kongsi thread daripada seorang warga twitter berkaitan cara membina slide presentation dengan lebih baik menggunakan Microsoft Powerpoint.



1.   Bagi membina slide presentation yang berkesan, cuba kurangkan dan elakkan slide yang penuh dengan perkataan, wordy. Jadi korang boleh menggunakan bullet point yang disediakan serta letakkan hanya keypoints yang penting di dalam slide. Jadi untuk penerangan, korang explain ketika presentation verbally. Tips daripada lecturer aku dulu, kalau nak buat ayat yang panjang, pastikan 1 slide untuk maksimum adalam 10 baris sahaja.

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik
wordy vs bullet point

2.   Lebih teknikal. Untuk penggunaan font, korang mestilah pandai mengunakan warna dan jenis font yang sesuai. Sebagai contoh, jika menggunakan warna background terang, gunakan warna font yang terang dan sebaliknya. Secara default, gunakan warna font sama ada hitam atau putih sahaja untuk penulisan biasa. Nanti kalau warna terang-terang, sakit mata pula orang yang nak membacanya kan. Untuk jenis font pula, korang boleh gunakan font sedia ada atau kalau korang nak gunakan font jenis lain, korang boleh download secara percuma di www.dafont.com. Tapi bagi aku, gunakan font yang sedia ada lagi menarik.

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik
Perbandingan warna font dan warna background


3.   Minimumkan design slide presentation anda menggunakan term minimalist. Ianya bermaksud simple tetapi kemas. Jika nak buat fancy boleh, tetapi janganlah terlalu over. Takut merosakkan mata si pembaca slide pula kan. Tapi kalau kosong sangat, tak boleh juga. Make it simple and precise. 

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik
Perbandingan minimalist dan over design


4.   Jika korang perasan, di microsoft powerpoint sendiri dah disediakan templates slide. Ada yang menarik dan mungkin sesuai dengan isi kita yang ingin dipresent kan nanti. Jadi senang cerita guna sahaja, templates atau tema yang disediakan, sekadar masukkan isi-isi pelajaran kita sahaja. Tapi kalau korang nak boom lagi daripada orang lain, korang boleh google je templates atau theme, download dan terus boleh guna. Mudah kerja dan slide pun nampak professional kan.

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik
Templates Google vs Templates default Microsoft


5.   Gunakan grafik yang disediakan di clipart ditempat yang bersesuaian dan janganlah overused. Tetapi kalau korang nak nampak lebih cool, korang boleh cari clipart yang menarik di www.freepik.com dan dapatkan secara percuma dengan diberi credit kepada owner sahaja.

Bina Slide Presentation Menggunakan PowerPoint Dengan Lebih Baik
flat cool icon vs clipart microsoft


Jadi dengan sedikit perkongsian ni, mungkin korang yang masih baru untuk slide presentation boleh belajar sesuatu menjadikan slide korang lebih baik dan nampak professional. Terima kasih juga kepada owner content di sini, berkongsi berkaitan dengan slide presentation ni. All the best kepada semua mahasiswa yang baru masuk.

sumber: @aimansalim_
Share:

4 comments: