Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

Download Aplikasi iOS Bersaiz 150MB Menggunakan Data Internet Anda | Sekarang hampir semua telco di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan data internet unlimited. Dengan erti kata lain, anda bebas untuk download atau upload apa sahaja di internet tanpa sekatan data. Sebagai contoh seperti saya, dengan hanya RM30 boleh dapatkan data internet unlimited iaitu dengan Telco Umobile GX30. Anda dapat unlimited data internet tetapi limited speed 3mbps. Bagi saya ianya cukup dan berbaloi.

Jadi dengan data internet unlimited ini, anda bebas untuk menggunakan internet 24 jam tanpa risau sekatan. Sedikit pengalaman, saya bebas untuk menonton Youtube, upload gambar di Google Photos dan install pelbagai aplikasi di iPhone saya.

Tetapi dengan data unlimited ini, ianya telah merancatkan 1 perkara di iPhone iaitu anda tidak dibenarkan untuk install aplikasi iOS lebih daripada 150MB. Pengguna iPhone hanya dibenarkan untuk install aplikasi iOS lebih 150MB hanya menggunakan sambungan Wifi. Jadi apa perlu data internet unlimited kalau tak boleh download aplikasi besar-besar kan.

Dengan sedikit perkongsian di facebook, saya tulis dalam bentuk artikel pendek cara download aplikasi iOS bersaiz lebih 150MB menggunakan data internet anda khas untuk pengguna iPhone.

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet

Jenis fon : iPhone 5s
Versi iOS : 11.2.1

1.   Anda boleh dapatkan mana-mana aplikasi yang bersaiz besar yang anda mahu download or install lebih 150MB. (PUBG MObile = 2GB size)

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet AndaCara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

2.   Apabil anda cuba untuk download, paparan seperti di dalam gambar akan keluar. Anda hanya perlu tekan OK sahaja.


Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet AndaCara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

 3.   Jika anda lihat di home skrin anda, anda akan nampak aplikasi tersebut akan tulis Waiting... Ini bermakna aplikasi anda tidak akan di download tanpa sambungan Wifi.

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

4.   Seterusnya anda pergi Setting > General > Data & Time. (Seperti gambar di bawah)

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet AndaCara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

5.   Anda tukar butang Set Automatically ke kiri, Tarikh dan masa akan keluar di bawah (Seperti di dalam gambar)


Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda


6.   (Bahagian paling penting) Skroll tarikh tersebut sebulan selepas. (Sebagai contoh di dalam gambar; hari sebenar adalah 21 September, jadi anda skrol sehingga 21 Oktober)

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet AndaCara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

7.   Anda kembali ke home skrin dan lihat aplikasi anda tersebut sudah bertukar kepada Loading... bermaksuk, aplikasi itu sedang di muat turun. Jangan lupa untuk set semula Date & Time ke automatic semula selepas selesai download aplikasinya.

Cara Download Aplikasi iOS Bersaiz Lebih 150MB Menggunakan Data Internet Anda

Settle boh!!

Tapi sebab PUBG ni aku tak main, aku tak download la. Jadi anda boleh cuba cara ini, ini cara untuk versi iOS yang telah diberi. Saya tak pasti kalau versi lain boleh guna cara ni atau tidak. Boleh cuba.

Disclaimer: risiko ditanggung oleh pengguna sendiri. Tapi setakat ini, tiada apa-apa masalah pernah berlaku

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post