Friday, 28 September 2018

Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin

Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin
sumber gambar: dream.co.id

Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin | Perkongsia Jumaat kali ini berkaitan Doa. Kita mungkin biasa berdoa ketika mana selepas solat. Tidak boleh tidak, kita sudah terbiasa dengan doa di dalam hidup kita sebagai seorang Muslim. Tahukah anda mungkin anda tak perasan rahsia disebalik kekuatan Doa tersebut. Mungkin kita biasa dan selalu berdoa tetapi rasa doa kita tidak dimakbulkan atau. Jadi sedikit perkongsian ini moga memberi manfaat kepada pembaca berkaitan Doa. (Dipetik daripada thread twitter akaun @adDien90)

Doa sebenarnya satu "tools" yang sangat powerful bagi orang Islam. Doa connect us with Allah directly without any inter-mediator. Betapa kuatnya kuasa doa sampai Nabi kata:

الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين
Doa itu senjata orang Mukmin dan tiang agama Islam.[Al-Hakim]

Perkataan "Silah" means deadly weapon. Persoalannya siapakah yang dibunuh oleh doa? Apa maksud sebenar Nabi? Ini yg ramai orang tak tahu. Jawapannya ialah bala atau musibah. Doa ialah musuh utama kepada bala. Both macam satu bala tentera yang berperang setiap waktu non-stop! Peperangan antara doa dan bala ini bermula sejak kita lahir hinggalah mati. Bahkan sampai ke hari Qiamat, mereka saling berperang. Kata Nabi:

"Bala diturunkan dan akan bertemu dengan doa. Keduanya akan saling bertempur hingga ke hari Qiamat. [Al-Hakim & al-Tabarani]

Pertempuran antara doa dan bala ada 3 level:

Level 1: Doa lebih kuat daripada bala. Doa itu akan menghalang bala yang sepatut kena pada anda. Mungkin dalam sehari tu kita akan dapat macam-macam musibah tapi sebab doa kita plus doa orang lain seperti ibubapa kita, kita selamat. Tapi kita tak perasan.

Level 2: Bala lebih kuat daripada doa. So kita akan kena musibah tu tapi doa masih berfungsi melemahkan sedikit kesan musibah kepada kita. Contoh; mungkin kita sepatutnya kena sakit kronik tapi disebabkan doa, ia kurangkan musibah itu. Kita dapat demam seminggu. Still kena but lower.

Level 3: Doa dan bala sama-sama kuat. Ada musibah yang kita kena tetapi ada juga yang berjaya dielakkan. Silih berganti setiap masa. Kita sangka doa kita tidak dimakbulkan padahal sebenarnya Allah makbulkan doa tu sesuai dengan kebijaksanaanNya. 3 bentuk doa dimakbulkan;


  1. Allah makbulkan doa persis macam yang kita mahu. Dipermudahkan urusan ke arahnya. Cuma masanya tidak tahu bila. Ini biasa kita lihat.
  2. Allah tangguh doa tu. Maybe dapat lambat. Maybe tak dapat di dunia tp Allah simpan untuk akhirat sebab Dia tahu kita disana nanti in trouble! Allah tahu yang kita bakal susah di akhirat. Disimpan kemakbulan doa di dunia untuk akhirat. Ini kebijaksanaan Allah yang kita tak nampak.
  3. Doa itu dimakbulkan dengan bentuk lain. Bab inilah yang di bincangkan dalam perkongsian ini. Kemakbulan doa yang ini paling kita tidak sedar.
Contoh; kita doa nak jadi jutawan. Duit banyak. Allah bagi juga harta cuma tak jutawan tapi dia ganti dengan kesihatan, bebas hutang dan sebagainya. Ataupun kita doa nak jadi kaya. Kita fikir kaya itu akan buat kita bahagia. Allah tahu yang kita perlukan sebenarnya bahagia tu, bukan harta. Jadi Allah makbulkan doa tadi dengan bagi apa something yg kita perlu, bahagia sebagai contoh dijodohkan dengan orang yang baik, dapat kerja bagus, masa lapang dan sebagainya.


And mostly doa yg tak makbul tu jadi penyelamat kita dari pelbagai musibah. Kita rasa doa mcm sia-sia walhal kita doa tu la yang selamatkan kita. How doa yang tak dimakbulkan tu jadi penyelamat kita? Ulang baca awal perkongsian ini. Percayalah, tiada doa hambaNya yang Allah abaikan.

Akhirnya, semoga persepsi kita sedikit sebanyak berubah dan moga lebih yakin dalam berdoa. Doa is our sword, keep it sharp always.

sumber asal : thread @adDien90


Share:

4 comments:

  1. Amin.. semoga Allah memakbulkan semua doa kita..

    ReplyDelete
  2. Asalam Aiman, terbaik entri ini..khyusuk saya membacanya. Syukur dapat tips2 mengamalkan doa..kena berdoa demi anak sesama Islam..

    ReplyDelete
  3. Allah senantiasa mendengar dan menjawab doa-doa hambanya.

    ReplyDelete