Thursday, 20 September 2018

,

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018 | Mungkin kita dah biasa dengan rancangan realiti tv iaitu Gegar Vaganza dan tahukah anda untuk 2018 ini, GV sudah masuk ke musim ke 5. Kalau anda mengikuti setiap musim mungkin anda tahu siapa yang mendominasi atau juara untuk setiap musim. Untuk rekod juara, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).

Gegar Vaganza Musim Ke-5 ini masih mengekalkan pengacara bermula daripada musim pertama lagi iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan juga mengekalkan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Jika tengok senarai 12 peserta, kali ini, GV5 memberi sedikit pembaharuan iaitu dengan penglibatan peserta kumpulan dan duo tidak seperti musim sebelum ini yang hanya ada peserta solo. Untuk peserta solo adalah Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla Zamani, Shafie (Rio), Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee dan Noryn Aziz. Manakala untuk peserta kumpulan adalah Elite dan Forteen dan peserta duo adalah Billy Zulkarnain.

Gegar Vaganza Musim Ke-5 akan mula bersiaran pada 30 September di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu. Anda juga boleh saksikan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD pada setiap Ahad pukul 9 malam.


Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018

Senarai 12 peserta Dia Fadilla, Billy Zulkarnain, Safura, Hetty Sarlene, Forteen, Amelina, Zamani, Shafie RIO, Farawahida, Elite, Maya

Maklumat Lanjut
Instagram : @Astrogempak
Twitter : @Astro_Gempak
facebook : @GegarVaganzaAstro
Share:

9 comments:

  1. Replies
    1. saya pun jarang2 tengok sebelum ni. sebab weekend biasanya tengok bola hehe

      Delete
  2. Tp kenaoa kympulan Fouteen yg masih baharu dipilih masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ramai orang persoal kan kt twitter

      Delete
  3. Dah lama tak tengok gegar vaganza ni..tak sempat..

    ReplyDelete
  4. persaingan antara pasukan dalam gegar vaganza ni nampak semakin hebat.

    ReplyDelete
  5. salam singgah. wah peserta semua ohsem belaka. tak tau nak pilih yg mana. hehehee

    ReplyDelete