Thursday, 13 September 2018

,

Sukan Malaysia, SUKMA 2018 Kini Di Perak Darul Ridzuan

Sukan Malaysia, SUKMA 2018 Kini Di Perak Darul Ridzuan

Sukan Malaysia, SUKMA 2018 Kini Di Perak Darul Ridzuan | Sukan Malaysia atau singkatannya adalah SUKMA merupakan acara sukan dwitahunan iaitu diadakan 2 tahun sekali. Edisi kali ini merupakan edisi ke-19 yang mana acara ini bermula pada tahun 1986. Untuk edisi ke-18, Sarawak telah menjadi tuan rumah bagi SUKMA 2016 yang mana telah di menangi oleh Selangor dengan mengutip 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa diikuti dengan tuan rumah Sarawak dengan perbezaan 2 emas iaitu 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Sukan Malaysia, SUKMA 2018 Kini Di Perak Darul Ridzuan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merasmikan pembukaan SUKMA Perak 2018

Pada tahun ini, selepas acara sukan terbesar Asia iaitu Sukan Asia 2018 Palembang Jakarta, kini acara terbesar Malaysia menyusul iaitu Sukan Malaysia, SUKMA di mana kali ini Perak menjadi tuan rumah. Ini merupakan kali ke 2 bagi Perak menjadi tuan rumah yang kali pertama pada 1994. Pada edisi kali ini, SUKMA diadakan bermula pada 11 sehingga 22 September 2018 dan semua daerah di Perak, 12 menjadi pusat pertandingan atau venue acara-acara sukan. Selasa yang lepas telah rasminya SUKMA 2018 dibuka yang telah diadakan di Stadium Ipoh dengan penuh gilang-gemilang

Pada edisi kali ini, sebanyak 15 buah pasukan bertanding iaitu semua negeri-negeri ( Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Perseketuan dan negara Brunei seperti edisi-edisi sebelum ini. SUKMA XIX Perak kali ini diadakan bermula pada 11 sehingga 22 September 2018 dan semua daerah di Perak, 12 menjadi pusat pertandingan atau venue acara-acara sukan. Edisi kali ini menyenaraikan 29 jenis sukan dengan 427 acara. Sekali gus menawarkan 427 pingat emas yang dipertandingkan.

Sukan Malaysia, SUKMA 2018 Kini Di Perak Darul Ridzuan

Anda boleh mengikuti keputusan semasa, venue setiap pertandingan dan bermacam-macam lagi dengan melayari laman web www.sukma2018.perak.gov.my

SUKMA XIX Perak 2018 menggunakan moto Wow! Kita Hebat! dan menggunakan maskot Seladang yang diberi nama Chor. Lagu rasmi acara iaitu bertajuk Wow! Kita The Greatest juga boleh anda dengari di video di bawah.


Jadi aku sebagai anak jati Pahang, berharap kontinjen menunjukkan semagat kesukanan yang tinggi sekali gus memperbaiki kedudukan pingat emas lebih baik pada edisi ke 18 sebelum ini dengan mengutip 30 emas, 25 perak dan 21 gangsa dan menduduki tangga ke-5. Harap tahun ini kontinjen Tok Gajah mendapat top 3 pula. Jadi mana yang berada di berdekatan atau orang Perak sendiri, moh la tengok sukan, katanya masuk percuma yob!!

Maklumat Lanjut

Share:

0 comments:

Post a Comment