Tahniah Terengganu, Cemerlang Di SUKMA Ke-19 Perak 2018

Tahniah Terengganu, Cemerlang Di SUKMA Ke-19 Perak 2018
sumber gambar: bernama

Tahniah Terengganu, Cemerlang Di SUKMA Ke-19 Perak 2018 |
Telah secara rasminya SUKMA Ke-19 melabuhkan tirai dengan acara penutup telah diadakan di Stadium Perak sebentar tadi. Acara penutup diadakan cukup meriah bersama rakyat negeri Perak khususnya juga bersama-sama dengan atlet-atlet yang terlibat di dalam SUKMA K-19 kali ni.

Tahniah Terengganu, Cemerlang Di SUKMA Ke-19 Perak 2018
(sumber gambar: bernama) sekitar majlis penutup SUKMA Perak

Acara dwitahunan ini telah berlangsung bermula selama lebih 2 minggu iaitu bermula 11 September yang lepas sehingga 22 September 2018. Dengan 427 acara yang dipertandingkan sepanjang SUKMA 2018 ini, pasukan daripada negeri Terengganu telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mengumpul 57 emas, 50 perak dan 53 gangsa serta diikuti dengan Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan masing-masing mengumpul pingat emas 52 emas dan 47 emas.

Tahniah Terengganu, Cemerlang Di SUKMA Ke-19 Perak 2018
sumber: PERMATA



Dengan rasminya SUKMA Ke-19 Perak ini menutup tirai, dengan itu juga telah diumumkan bahawa SUKMA Ke-20 2020 akan di adakan di Johor Darul Takzim kelak. Dengan ucapan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah sebentar tadi, SUKMA Ke-19 secara rasmi ditutup dan akan bertemu pada tahun 2020 kelak.

Terlalu banyak cerita sepanjang SUKMA 19 kali ni, banyak rekod temasya telah dipecahkan, banyak rekod telah diperbaharui di dalam SUKMA kali ini. Selain Terengganu sebagai juara keseluruhan, atlet daripada Sabah  Eugenius Lo ditabal sebagai olahragawan terbaik SUKMA manakalah atlet daripada Terengganu, Azreen Nabila Alias ditabal sebagai olahragawati terbaik dengan masing-masing mengumpul 3 emas dan 1 perak dalama acara memanah dan 3 emas daripada acara lumba lari.

Kontinjen Pahang memperbaiki prestasi dari segi kutipan pingat emas, jika 2 tahun lepas Pahang berjaya mengumpul 30 pingat emas, bagi tahun ni Pahang berjaya menambah 3 lagi dari sebelum ini iaitu sebanyak 33 emas diikuti 20 perak dan 30 gangsa. Dari segi kedudukan, Pahang turun 1 anak tangga daripada tempat ke 5 ke tangga ke 6. Apa-apapun tahniah Tok Gajah. Hogoh di Johor pula untuk SUKMA Ke-20 di Johor 2020.


BYE PERAK, HELLO JOHOR 

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post