Thursday, 15 November 2018

,

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka | Mungkin antara kita sudah biasa dengan travel company seperti Traveloka yang sudah gah Namanya terutamanya di Asia Tenggara ini yang sudah tentunya termasuk negara tercinta, Malaysia. Mungkin ada juga antara kita masih baru atau baru je dengar berkaitan dengan Traveloka ni. Ermmm, jadi apa itu Traveloka? Secara ringkas, Traveloka adalah sebuah travel company ataupun syarikat perjalanan dalam talian yang bertapak di Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dalam satu platform, membolehkan para pelanggan membuat dan mencipta detik-detik indah bersama yang tersayang ketika dalam mod percutian. Dengan menggunakan Traveloka, kerja kita akan jadi lebih mudah dan akan menjimatkan masa untuk membuat tempahan jika ingin melancong atau berjalan kelak.

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Tahukah anda, Traveloka telah bekerjasama lebih daripada 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, yang berdaftar lebih dari 200,000 laluan di seluruh dunia. Dengan itu, korang boleh melancong hampir ke seluruh dunia dengan Traveloka. Selain itu juga, ia juga mempunyai inventori penginapan langsung yang terbesar termasuk hotel, pangsapuri, rumah tetamu, rumah tumpangan, villa dan resort. Tambahan lagi, Traveloka menyediakan lebih daripada 40 pilihan pembayaran untuk pelanggan di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Filipina, dengan bantuan 24/7 dari perkhidmatan pelanggan tempatan dalam setiap Bahasa perantara di negara masing-masing. Sebagai bukti yang Traveloka ini sudah gah di Asia Tenggara ini, aplikasi mudah alih Traveloka sendiri telah dimuat turun oleh pengguna lebih daripada 30 juta kali, menjadikannya aplikasi tempahan perjalanan paling popular di rantau ini. Aku pun pernah guna perkhidmatan Traveloka ini melalui laman web mereka tau.

Mesti ada sebab kenapa Traveloka ini dipercayai ramai pengguan kan. Apa kelebihan Traveloka ni berbanding syarikat lain? Dengan Traveloka, perjalanan korang akan lebih rendah jika menepah penerbangan dan hotel secara serentak. Tempah kedua-duanya, kos akan lebih berpatutan dan murah. Selain itu, korang juga bebas untuk membuat tempahan secara fleksible iaitu bersesuaian dengan perjalanan korang. Bermaksud, nak tempeh hotel sahaja pun boleh atau nak tempah penerbangan sahaja pun boleh. Akhirnya, dengan Traveloka korang tidak perlu gusar untuk membuat pembayaran, mereka terima tunai ataupun cashless dan menerima pelbagai lagi kaedah pembayaran yang sudah pastinya menyenangkan korang untuk membuat tempahan dan bayar.

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka
Pakej kombo flight + hotel dengan Seoul tour packages

Selain daripada tempeh hotel tempeh flight, cari tarikh bersesuai untuk travel, di Traveloka juga menyediakan tour pakej yang menarik di beberapa di negara antaranya Hongkong, Tokyo, Singapore, Jakarta dan dalam negara pun ada macam Johor Bahru, Penang dan tempat-tempat lain lagi. Dan salah satu pakej yang menarik ada di Traveloka adalah Seoul tour packages. Di mana Traveloka menyediakan pakej untuk korang dengan lengkap berkaitan flight dan hotel di seluruh Seoul tersebut. Jika korang mendapatkan pakej Seoul di Traveloka, mereka menyediakan beberapa informasi iaitu:

  • Bagaimana untuk ke Seoul?
  • Apa yang Ingin Dilakukan di Seoul?
  • Makanan yang Harus Dicuba di Seoul? 
  • Destinasi Percutian Hujung Minggu berhampiran Seoul? 
  • Pakej Tiket Penerbangan dan Hotel ke Seoul 
  • Aturkan Rancangan Perjalanan Percutian Anda di Seoul

Jadi di Traveloka, mereka mengaturkan rancangan perjalanan percutian untuk korang, jika korang tidak ada masa untuk merancang dan katanya ada cadangan perjalanan sehingga 3 hari sepanjang berada di sana. Tetapi nak rancang sendiri, terserah kepada keperluan kita la kan. Di sini juga, mereka juga memberi idea atau cadangan tempat atau destinasi mana yang menarik untuk korang lawati sepanjang berada di Seoul, Korea sana seperti tempat N Seoul Tower, Istana Gyeongbokgung, Lotte World, Kampung Bukokon Hanok dan banyak lagi lah tempat-tempat menarik lain. Tempat makan yang popular atau wajib cuba juga mereka ada cadangkan, sebagai contoh Budae Jjigae, Ddeobkbokki dan Barbeku Korea. Tak la pening nak google tempat-tempat lain kan.

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka
sumber: google

Selain informasi pakej pelancongan seperti yang diterangkan tadi di bawah Seoul tour packages, tahukah korang sekarang Traveloka telah menyediakan 1 pakej kombo menarik iaitu pakej kombo flight + hotel. Dengan pakej kombo pilihan baru ini, sudah pastinya memudahkan pengguna yang ingin membuat tempahan.  Korang fikir nak pergi bila, nak balik bila, hotel menarik Traveloka cadangkan. 

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka

Jika dahulu korang melayari laman sesawang Traveloka sebelum ini, korang akan mendapati 4 pilihan untuk membuat tempahan sama ada tempah Penerbangan, Hotel, Pengangkutan Lapangan Terbang, dan Tempat-Tempat Menarik. Jadi jika korang mahu tempeh untuk Seoul tour packages, korang boleh gunakan pakej kombo flight + hotel serentak. Sudah pastinya korang boleh cuba pakej kombo ini laman sesawang mereka dan juga di aplikasi android dan iOS. Ianya menjadi lebih mudah, senang, easy dan tidak susah. hahaha

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka
ciri-ciri terbaru: flight + hotel

Di dalam pakej kombo ini, disertakan dengan ciri-ciri seperti Flight Details dan juga Hotel Details. korang hanya perlu masukkan details seperti tarikh, seat class, no of passengers dan airport name untuk fight details. Kemudian, destination, check in-check out date, guests, rooms untuk hotel details. Kemudian, klik pada Search Flight + Hotel. Traveloka akan menyenaraikan banyak pilihan syarikat penerbangan beserta hotel details serentak dengan harga yang berbeza. 

Tetapi jika korang sudah ada tarikh perjalanan pergi dan pulang tetapi korang tidak ada idea untuk menempah hotel yang bersesuaian? ciri-ciri pakej kombo ini dapat membantu. Sebagai contoh, korang ambil pakej pergi Korea melalui Seoul tour packages pada tarikh-tarikh tertentu, Traveloka akan memberi cadangan hotel yang ada di seluruh Seoul sebagai contoh senarai yang keluar The Riverside Hotel, Holiday Inn Express Seoul Euljiro, Nine Tree Premier Hotel Myeongdong 2 dan macam-macam lagi la . Lagi best, korang boleh aturkan korang mahu senarai hotel bermula dengan harga terendah atau harga tertinggi ataupun korang boleh atur mengikut markah ulasan daripada pengguna lain dan juga hotel yang paling popular yang sebelum ini pernah diduduki oleh pelancong lain. Nak duduk hotel 5 stars boleh, hotel jimat boleh, hotel yang popular boleh dan pelbagai lagi pilihan yang mungkin korang pun pening mahu fikirkan dan pilih. Kat sini, korang sudah jimat masa, tenaga dan yang paling penting akan menjimatkan kos perbelanjaan perjalanan percutian kelak. Senang hidup beb!

Jom Bercuti Di Seoul Dengan Pakej Kombo Menarik Daripada Traveloka
Atur carian untuk kemudahan pengguna

Jadi dengan ciri-ciri terbaru kombo flight + hotel ini, perancangan percutian akan lebih mudah dan yang terpenting kos akan menjadi lebih murah. Nak pergi Seoul, tempah je serentak flight dan hotel dengan Traveloka, diberi banyak pilihan, jimat masa dengan harga yang berpatutan dan murah. Cari tarikh bersesuaian untuk melancong dan bercuti terus tempah dengan Traveloka dan pergi la bercuti dengan senang hati di destinasi pilihan korang.

Share:

10 comments:

  1. yg suka korea tu wajib grab ni hahaa

    ReplyDelete
  2. kalau tengok kdrama mesti rasa nak terbang pi korea hahah boleh la tempah kat traveloka nanti :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki kdrama mesti familiar la seoul ni kalau dapat pergi sana kan

      Delete
  3. Wah! memang menarik sangat ni

    ReplyDelete
  4. x minat sgt bab2 korea ni spt KPop..

    ReplyDelete
  5. Wahh makin advance dah Traveloka dengan adanya pilihan kombo,harga tentu lebih berpatutan.. ☺😍

    Syoknya explore Seoul

    ReplyDelete
  6. Ehhh. Bagusnya. Taktaw pulak you can do these with traveloka. This is going to be super helpful.

    ReplyDelete
  7. Wahhh seronoknya dapat dapat pergi tu

    ReplyDelete