Recent Posts

Blog post Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Blog post Popular Di Blog AIMANABDULLAH.com Sepanjang 2018 | 2018 yang masih berdetik hingga saat ini bakal melabuhkan tirai dalam beberapa jam lagi; jika di hitung saat aku menulis entry ini. Dalam beberapa jam lagi kita akan memasuki tahun yang baru bagi kalender kuda yang rata-rata digunakan di seluruh Malaysia ini. Tahun 2018 akan di sambung dengan tahun yang baru iaitu tahun 2019 yang bermula tepat jam 12 pagi nanti.

Jadi secara ringkas aku berharap tahun 2019 yang bakal tiba akan memberi sinar baru dan terus beristiqamah untuk terus berblogging dan tulis entry kelak. Jadi entry ini, hanya sekadar kongsi 5 blog post yang tinggi viewers sepanjang 2018 bermula daripada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 untuk 2 domain iaitu helloaiman.com dan juga aimanabdullah.com.

Statistik ini aku ambil terus daripada Google Analytics yang mungkin lebih tepat daripada statistik default dashboard blogger sendiri. Jadi korang pun boleh layari entry tersebut dengan klik pada gambar.

5 blog post popular di blog aimanabdullah.com sepanjang 2018


Senarai Tempat Mempunyai Mesin Deposit Syiling Atau CoDM


Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Antara yang popular adalam ramai viewers atau pembaca blog ini mencari tempat atau bank yang menyediakan perkhidmatan mesin deposit syiling. Jadi blog aimanabdullah antara yang berkongsi berkaitan dengan maklumat ini dan sekali gus mereka telah singgah di sini. Aku harap pencarian mereka berbaloi dan menjawab segala pertanyaan mereka serta mampu mencari tempat-tempat atau bank yang menyediakan mesin CoDM

Tukar Ringtone iPhone Tanpa Guna iTunes


Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Aku merupakan pengguna iOS sejak bermula blog ini dihasilkan. Sebab sebelum ni pun aku HTC, ya sudah tentunya ianya Android System. Salah satu kesukaran iOS ini atau pengguna iPhone ini adalah untuk mencari ringtone selain default ringtone yang diberikan. Jadi kat sini, aku ada kongsikan tutorial cara untuk tukar ringtone iPhone tanpa menggunakan iTunes. Dengan cara ini, anda tak perlu guna laptop untuk ganti ringtone kesukaan anda. Semuanya guna iPhone dan aplikasi sehaja. 

Mencari Tweet Pertama Atau Tweet Lama Kita Di Twitter


Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Blog ini juga meraih pengunjung daripada pengguna Twitter. Aku ada terbitkan 1 entry bagi mencari tweet-tweet lama kita hanya menggunakan aplikasi Twitter sahaja. Sudah tentu, kita boleh mengimbau kenangan ketika mula-mula bermain Twitter. Aku kongsikan beberapa cara untuk mencari, jadi pembaca boleh pilih cara mana yang lebih senang dan sesuai untuk mereka. Harap ianya membantu.

Jawab Soalan Quiz Secara Langsung Di Aplikasi Telefon Pintar Bagi Menangi Wang Ringgit


Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Entry ini sebenarnya antara posting yang tertinggi viewersnya semenjak di terbitkan ketika awal November yang lepas. Mungkin sebab aplikasi Litlive dan Dooit tengah viralkan. Jadi orang ramai mahu mendapat info bagaimana untuk sertai bagi menjawab quiz tersebut. Jadi pada entry ni aku kongsikan bagi 2 aplikasi yang ianya sesuai untuk semua platform sama ada iOS atau pun Android. Ya dengan jawab soalan quiz berbentuk general knowledge, anda boleh memenangi wang ringgit. Boleh cuba.

Senarai Bantuan Dan Biasiswa Untuk Pelajar IPT


Blogpost Popular Di Blog AIMANABDULLAH Sepanjang 2018

Entry ini sudah tentunya di lawati oleh pelajar universiti sama ada dariapda IPTA atau IPTS. Kat sini aku kongsikan banyak syarikat beserta lawan web mereka yang mana menyediakan bantuan kewangan sama ada pinjaman ataupun biasiswa untuk pelajar universiti. Jadi mereka boleh cuba memohon mungkin semua syarikat yang disenaraikan jika layak. Harap dengan entry tersebut memberi manfaat kepada semua pelajar yang melawati blog ini.


Post a Comment

7 Comments