Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Macam-Macam Ada

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Kalau sebelum ni aku ada kongsi pengalaman melawat mercu tanda terkenal di Bangkok iaitu Grand Palace. Jadi kali ni aku teruskan dengan perkongsian 1 lagi tempat yang aku singgah selama berada 4 hari di Bangkok dalam #ShakleeIncentiveTrip iaitu di Chatuchak Weekend Market, Bangkok.

Chatuchak Market aku pergi sejurus selepas selesai melawat Grand Palace dan perjalan daripada Na Phra Lan Road, Old City terus ke Chatuchak District kalau tak silap ambil masa lebih kurang setengah jam. Jadi sampai ke lokasi lebih kurang 11.30 tengah hari. Kami diberi masa sehingga jam 4 untuk berada di sana.

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Chatuchak Market katanya di buka bermula pada hari rabu sehingga ahad bermula pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Tetapi ianya dibahagikan mengikut hari iaitu hari rabu dan khamis menjual tanaman manakala jumaat sehingga ahad dibuka semua kedai-kedai barangan dan makanan.

Disebabkan ianya market jadi sudah tentu tempat itu adalah tempat shopping! Chatuchak Market ini juga terkenal di Bangkok bagi pelancong luar untuk mencari barangan souvenir, barangan tempatan, kosmetik, kedai urut, barangan elektik dan makanan tempatan pun ada.

Senang cerita, semua benda la ada. Di sini jangan terkejut, terdapat hampir 15,000 kedai yang dibahagikan dengan 27 bahagian dengan keluasan 27 hektar. haha bapak banyak kalau nak tengok satu-satu kedai. Nak pusing seluruh market, duduk la situ 12 jam haha Korang boleh tengok map yang kat bawah ni.

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Pada hari tersebut, kami berhenti di sebuah pusat beli-belah yang berhampiran iaitu JJ Mall. Kat mall sini, korang boleh dapatkan wifi percuma selama sejam tau, kalau korang tak beli internet di Bangkok la.

Selepas tu kami menyusur terus ke gate 1 (tengok dalam map). Dari gate 1 aku dan keluarga bermula untuk masuk dalam Chatuchak Market ni dan terus berjalan

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Jika korang datang sini, ramai cadangkan, kalau jumpa barang yang dicari, ambil dan beli sahaja. Jangan cari kedai lain sebab terlalu banyak kedai di sini, takut tak cukup masa je nanti. Tapi mampu jalan seluruh kawasan, jalan je la kan.

Sepanjang di sana, aku hanya beli baju je dan cuba aiskrim manggo yang cukup sedap beb. Ya, korang kene cuba manga Bangkok. Nampak segar, rasa segar, rasa manis dan rasa sedap.

Aku beli dalam 60 baht untuk aiskrim dan topping manga. Selain itu, akak aku, mak aku beli pinggan mangkuk dan katanya murah. Borong terus. Ada juga souvenir sikit untuk teman-teman. 

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Aku berada di sini daripada jam 11.30 pagi sehingga jam 4 petang lebih kurang. Aku rasa aku sempat jalan separuh bahagian je daripada seluruh Chatuchak Market ni. Sebab aku ada nampak board section 4 dan 3 yang terakhir dan selepas tu kami balik.

Dah penat lepas tu, lepak la sekejab dalam JJ Mall untuk ambil aircod sejuk. Kedai di sini konsep terbuka, jadi kalau cuaca panas, panas la tempatnya, tapi ada sebahagian yang ditutup atap dengan canvas, sejuk la sikit dari sinaran matahari kan.

Masa aku pergi hari tu, nak balik baru hujan sikit tapi sekejab je. Kembali seperti normal.

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Shopping Di Chatuchak Market, Bangkok Penuh Dengan Manusia

Jadi kepada sesiapa yang ingin ke Bangkok, jangan lupa singgah di Chatuchak Market pada hari minggu sahaja untuk shopping barang tempatan yang pastinya berbaloi dan murah di sana.

Rancang perjalanan selama di sana supaya tidak buang masa. Selamat bershopping, selamat belajar mengenal ragam manusia dan selamat belajar budaya luar.

5/Post a Comment/Comments

  1. menarik...hope one day dpt gi sana...chatuchak market ni..market terbesar kan..cuma tak pasti besar di asia atau di thailand

    ReplyDelete
  2. Pasti sangat menjadi tumpuan...

    ReplyDelete
  3. I like to visit Chatuchuk weekend market in Bangkok. i will plan my trip for Bangkok and visit there must. Gatwick South Terminal Parking

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post