Gambar Telur Pemegang Rekod Likes Terbanyak Di Instagram



Gambar Telur Pemegang Rekod Likes Terbanyak Di Instagram | Jika anda pengguna Instagram, sudah tentu anda biasa dengan perkataan Komen, Followers, Following, dan Love. Love di sini bermaksud Likes sama seperti di Facebook atau mana-mana media sosial.

Jika anda punyai akaun Instagram, sedikit sebanyak anda mahukan jumlah followers yang tinggi, komen yang ramai dan likes yang banyak. Tahukah anda, di Instagram, gambar siapa yang paling banyak likes atau love? Gambar selebriti? Gambar penyanyi? Gambar pemain bola? Semua bukan!


Gambar Telur Pemegang Rekod Likes Terbanyak Di Instagram
sumber : sini

Sebelum itu aku nak kongsikan top 5 gambar yang paling banyak Likes di Instagram

5.   Gambar daripada akaun @kyliejenner (13.1 juta Likes)
4.   Gambar daripada akaun @xxxtentacion (13.4 juta Likes)
3.   Gambar daripada akaun @justinbieber (13.4 juta Likes)
2.   Gambar daripada akaun @kyliejenner (18.5 juta Likes)


Gambar Telur Pemegang Rekod Likes Terbanyak Di Instagram


Tidak sampai setahun selepas gambar pertama anak pertama daripada selebriti Kylie Jenner memegang rekod Likes terbanyak di Instagram, awal Januari sebelum ni muncul 1 gambar yang kini mempunyai lebih 40 juta Likes atau Love iaitu 2 kali ganda daripada pemegang rekod sebelum ini.

Pemegang rekod tersebut yang katanya masih tidak diketahui pemiliknya siapa. Usernama yang digunakan sekarang adalah world_record_egg. Daripada nama sudah tahu, dengan hanya 1 gambar yang di muat naik dengan jumlah 40 juta lebih Likes setakat ini dengan followers lebih 5 juta, gambar tersebut memegang gambar terbanyak Likes bermula awal tahun 2019 ini. Gambar tersebut semata-mata adalah seketul Telur. Sudah tentu gambar yang paling popular di Instagram dan dunia Internet



3/Post a Comment/Comments

  1. Wow..pecah record, lain dari yamg lain! XD

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  2. Unik gambar telor tu tapi sayang telor tak tahu apa-apa hiks!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post