My Car Kini Sudah Sampai Di Temerloh


Perkhidmatan e-hailing di Malaysia sekarang meningkat dengan jayanya untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh perkhidmata e-hailing yang ada di Malaysia seperti Grab, jika sebelum ni kita ada Uber dan selain itu My Car juga sudah berkembang di sini.

my car kini di temerloh

Sebagai contoh Grab, kebiasaanya perkhidmatan itu hanya beroperasi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Shah Alam, Kota Kinabalu dan kalau di Pahang, hanya ada di Kuantan. Selain teksi, bagaimana pengguna-pengguna yang berada di bandar kecil mahu menggunakan khidmata e-hailing ini seperti pekhidmatan GrabCar ini? Jadi sebuah lagi syarikat dibangunkan iaitu My Car yang fokus kepada bandar-bandar kecil ini.

Kelebihan e-hailing ini kita boleh tempat mana-mana kereta yang berdaftar untuk ambil kita di rumah dan hantar ke destinasi yang ingin dituju. Kalau teksi, mungkin kita kene tunggu ketibaannya.

my car kini di temerloh

Aku sebagai rakyat Temerloh iaitu bandar ke-2 terbesar selepas Kuantan juga kecewa perkhidmatan e-hailing tidak wujud pada awalnya di sini. Tetapi tidak lagi selepas ini, ini kerana, My Car sudah sampai di Temerloh.

Kepada rakyat Temerloh sekalian, jika aokme mahu ke HOShas, Temerloh Mall, Starmall atau di mana-mana sahaja sekitar daerah Temerloh, selain teksi atau bas, aokme boleh download aplikasi My Car di smartphone dan mula tempah My Car. Nanti deme datang la ke tempat aokme. 

Caranya:
  1. Muat turun aplikasi MyCar - Android | iOS
  2. Daftar untuk butiran peribadi
  3. Tempah MyCar
  4. Tunggu MyCar sampai dan naik
Jika di Pahang, tempat-tempat yang sudah boleh digunakan aplikasi MyCar ini adalah, Kuantan, Temerloh, Jerantut, Kuala Lipis, Bera, dan Jengka. Sepertinya seluruh Pahang dah boleh pakai MyCar. Jadi orang Pahang, kala nak deraih, gunalah aplikasi MyCar.



2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post