Nikmati Sate Kampar Di Pekan Sari Temerloh

Nikmati Sate Kampar Di Pekan Sari Temerloh

Pada hujung minggu yang lepas, aku sempat untuk singgah di Pekan Sari, Temerloh selepas selesai beraktiviti santai di Taman Bandar Temerloh.

Lokasi Pekan Sari ini terletak di pinggiran Sungai Pahang dekat Kuala Semantan yang mana ianya sama seperti pasar hujung minggu di tempat-tempat lain tetapi yang uniknya mungkin pasar ini panjang yang katanya pasar pagi terpanjang di Malaysia, hampir 1 kilometer dan juga usianya yang mungkin menjadi ianya terkenal. Di sini menawarkan pelbagai barangan tempatan yang boleh di dapati seperti sayur kampung, ikan sungai, pakaian, ubat tradisional dan macam-macam lagi la. Semua ada, cakap je.


Kalau nak tahu, mengikut pembacaan, Pekan Sari Temerloh ini sudah mula beroperasi sejak zaman 1930-an lagi. Dekat 80 tahun umurnya. Kalau orang Temerloh, memang sah la akan tahu. Tak tahu juga, balik Kuala Lumpur la.

Pagi itu, aku sempat untuk dapat juadah makanan iaitu Sate Kampar yang aku rasa, kalau pergi ke Pekan Sari ni, mesti beli. Asal-usul Sate Kampar ini, taukenya berasal daripada Kampar, Indonesia, mungkin resepi daripada sana di bawa ke Temerloh dan dikongsi bersama rakyat Temerloh. (kalau rodong Temerloh ada baca tapi salah boleh komen ke koi)

Kalau ikut menunya sedikit berbeza di mana sate, kuah dan nasi impit disediakan yang ditabur dengan bawang goreng tetapi tanpa timun dan kuah kacang di ganti dengan kuah kekuningan yang berbeza. 

Nikmati Sate Kampar Di Pekan Sari Temerloh

Nikmati Sate Kampar Di Pekan Sari Temerloh


Yang bestnya Sate Kampar ini adalah pada kuahnya kuningnya. Aku tak tahu nama sebenar kuahnya tetapi rasanya seperti gulai dan sedikit pedas. Satenya sama seperti yang lain, di bakar menggunakan arang. Tiada kuah kacang pada sate ini. Jadi kalau anda beli, anda kene nikmati sate ayam berkuahkan kuah kekuningan yang pedas bersama nasi impit dan bawang goreng. Serius sedap.

Untuk harga pula, ada 2 pilihan sama ada 1 bungkus 4 cucuk yang berharga RM4 atau 1 bungkus 6 cucuk yang berharga RM5. Tetapi untuk 1 cucuk bersamaan RM1. Nasi impit diberi segenggam untuk 1 bungkus berserta kuahnya sekali. 

Lokasi jualanya berdekatan dengan Petrol Pam Petronas Lurah Semantan, jadi kalau anda berjalan sepanjang Pekan Sari tu, ianya berhadapan dengan Sungai Pahang. Di situ juga anda boleh makan kerana disediakan meja makan.


Untuk yang ingin singgah di Pekan Sari Temerloh kelak, kalau nak rasa Sate Kampar ni, boleh datang. Harap ianya memenuhi citara anda.

Pekan Sari adalah sebuah pasar terletak di pinggir Sungai Pahang dekat Kuala Semantan yang menawarkan pelbagai pilihan sayur kampung dan ikan sungai

3/Post a Comment/Comments

  1. Nampak menarik dan sedap.Lazimnya sate mesti kuah kacang..tapi ni berbeza kuahnya ye.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap satay tu dik...terliur akak tengok..nasib baik la jauh..kalau tak akak dah pi carik dah

    ReplyDelete
  3. Suka juga makan satey ni..sekali sekala..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post