Perkongsian Trivia Menarik Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal



Pada 21 Mac ini, sekali lagi pihak Les’ Copaque dengan watak utama Upin & Ipin yang akan mengeluarkan filem ke 2 selepas Geng: Pengembaraan Bermula iaitu Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal. Baru-baru ini, mereka telah melepaskan trailer rasmi di saluran Youtube yang kini telah mendapat tontonan sebanyak hampir 5 juta tontonan.

Perkongsian Trivia Menarik Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal


Durasi: 90 minit
Genre : Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Format: 2K
Bahasa: Melayu / Inggeris
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019

Sinopsis

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersadung pada keris mistik di bilik simpanan Tok Dalang yang sekali gus telah membuka jalan dan membawa mereka terus ke sebuah negara. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, kanak-kanak yang terganggu itu tiba-tiba dibebani dengan tugas bagi memulihkan negara itu kembali kepada zaman kegemilangan sebelumnya. Dengan bantuan watak-watak dari cerita dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan mencabar. Apakah kesudahannya? Nantikan 21 Mac ini.

Perkongsian Trivia Menarik Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal


Trivia dan Fakta Menarik


  1. Filem ini membabitkan 140 orang tenaga mahir untuk dihasilkan
  2. filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal ini turut menelan kos tinggi iaitu hampir RM20 juta kerana banyak kajian dibuat kumpulan R&D (kajian dan pembangunan)
  3. Watak Raja Bersiong, Pak Belalang, Bawang Putih Bawang Merah dan sebagainya digabung dan dimasukkan ke dalam filem ini
  4. Model 3D karakter utama Upin Ipin bukan diambil dari model 3D yang digunapakai dari siri TV, sebaliknya merka re-model semula untuk digunapakai bagi versi filem sahaja
  5. Proses ‘rendering’ dibuat di luar negara terutama di Hong Kong kerana faktor saiz simulasi filem ini yang lebih besar dari filem Geng: Pengembaraan Bermula yg keluar pada tahun 2009 dahulu
  6. Skor muzik filem ini dihasilkan oleh kumpulan orkestra dari US yang mana kumpulan ini pernah terlibat untuk menghasilkan skor muzik filem animasi 3D Final Fantasy. Padu beb!
  7. Proses ‘final mixing’ dibuat di Bangkok
  8. Proses ‘dubbing’ dilakukan di Los Angeles
  9. Filem ini memerlukan 3 pengarah utk diarahkan. Setiap dari 3 pengarah memiliki tugas berbeza, pengarah pertama Syed Faizu menguruskan bahagian aksi untuk animasi, pengarah kedua Ahmad Razuri Ajmain bertanggungjawab untuk menghasilkan animasi sudut pandang emosi setiap karakter. Pengarah ketiga Adam Amiruddin memastikan initipati asal dua watak utama dikekalkan dalam filem ini

Perkongsian Trivia Menarik Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal


sumber : ÙˆÙŠØ²ÙŠ ماهيز

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post