Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke-6


Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke-6 | Tahniah kepada semua rakyat Pahang, ini kerana mendapat Sultan yang baru iaitu Sultan Pahang Yang Ke-6. Hari ini, diumumkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang Yang Ke-6 bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa serta merta.

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke-6

Pengumuman berkaitan lantikan ini dibacakan di satu majlis khas di Istana Abu Bakar oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Jadi pada 15 Januari 2019 kelak, baginda Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dimashurkan sebagai Sultan Pahang yang ke-6 secara rasmi. Sekali gus, dengan pemasyhuran sebagai Sultan Pahang kelak, letakkan Tengku Abdullah sebagai calon Agong.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu ini, menjadikan negeri Pahang ini Aman dan Makmur, dan rakyatnya bersatu padu, harmoni dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke-6
Biodata Baginda Sultan Pahang yang baharu
Selain itu, Sultanah Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mencuri perhatian rakyat Pahang, hatta seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana dengan pakaian yang menutup aurat tampak sempurna dan cantik. Selain itu juga, Tunku juga dekat dengan rakyat di kala berlaku bencana seperti bencana banjir yang berlaku di Pahang sebelum ini. Tunku juga aktif di media social sebelum ini seperti Twitter (@cheminahsayang), suka berkongsi kehidupannya, suka memasak sehingga berjaya keluarkan buku resepi sendiri: Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang.

Aku sebagai rakyat Pahang, gembira dengan perkhabaran ini. Semoga Pahang sentiasa Makmur

DIRGAHAYU DARUL MAKMUR

KDYMM SULTAN PAHANG dan KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post